Galaxy S7 Samsung mudah digodam
Telefon bijak Samsung Galaxy S7 mempunyai kelemahan keselamatan mikrocip yang dikesan pada awal tahun ini, yang membuat berpuluh-puluh juta peranti itu berisiko digodam oleh mereka yang ingin mengintip penggunanya, menurut para penyelidik.
LONDON: Telefon bijak Samsung Galaxy S7 mempunyai kelemahan keselamatan mikrocip yang dikesan pada awal tahun ini, yang membuat berpuluh-puluh juta peranti itu berisiko digodam oleh mereka yang ingin mengintip penggunanya, menurut para penyelidik kepada Reuters.
Galaxy 7 dan beberapa model telefon bijak lain yang dihasilkan oleh Samsung Electronics sebelum ini disangka kebal daripada kelemahan keselamatan yang dikenali sebagai 'Meltdown', yang menjejas kebanyakan komputer dan telefon bijak, menurut para penyelidik.
Para pengkaji dari Universiti Teknikal Graz di Austria memberitahu Reuters bahawa mereka sudah tahu cara untuk mengeksploitasi Meltdown dan menyerang telefon bimbit Galaxy S7.
Pasukan itu akan mengumumkan hasil dapatan mereka pada Rabu di satu sidang keselamatan di Las Vegas.
"Ada kemungkinan lebih banyak telefon terjejas yang belum kita ketahui buat masa ini," kata penyelidik Michael Schwarz kepada Reuters.
"Mungkin ada beratus-ratus juta telefon di luar sana yang terjejas oleh Meltdown namun belum diberi perhatian yang sewajarnya kerana para pembekal sendiri tidak tahu-menahu tentang isu tersebut."
Syarikat Samsung menyatakan pihaknya sudah menghasilkan huraian untuk melindungi telefon bimbit Galaxy S7 daripada Meltdown dan sudah dihantar kepada pengguna yang terjejas bulan lalu.
Namun, jurucakap syarikat tersebut enggan mendedahkan bilangan telefon Galaxy S7 yang mudah terjejas akibat serangan Meltdown.
Meltdown dan satu lagi kelemahan keselamatan yang dikenali sebagai 'Spectre' boleh dieksploitasi untuk mendedahkan isi kandungan unit pemprosesan alat komputer.
Penggodam boleh memanfaatkan kelemahan-kelemahan tersebut untuk mendapatkan maklumat sulit seperti kata laluan dan butiran penbankan.
Galaxy S7 digunakan oleh sekitar 30 juta orang, menurut firma penyelidik Strategy Analytics.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.