Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gadis jadi tular gara-gara namanya Damai Kami Sepanjang Hari

Khusus bagi seorang gadis Indonesia, dia menjadi viral di laman Tik Tok gara-gara namanya yang terlalu unik.

Anggaran Waktu Membaca:
Gadis jadi tular gara-gara namanya Damai Kami Sepanjang Hari

Damai Kami Sepanjang Hari. (Gambar-gambar: TikTok/Damaibgt)

Diterbitkan : 01 Feb 2021 09:28PM Dikemas Kini : 01 Feb 2021 09:31PM

INDONESIA: Orang biasa bertanya "apa ada pada nama?"

Pada nama tentu sekali identiti diri kita. Dari nama orang mula mengenali kita.

Khusus bagi seorang gadis Indonesia, dia menjadi viral di laman Tik Tok gara-gara namanya yang terlalu unik.

Apakan tidak, namanya ialah Damai Kami Sepanjang Hari.

Namanya kerap membuatkan ramai orang berasa ragu-ragu dan tidak percaya. Damai sering menerima soalan menerusi akaun media sosial yang meminta dia membuktikan namanya, menurut laporan Suara.com.

(Gambar: TikTok/Damaibgt)

Mereka malah meminta gadis itu menunjukkan Kad Keluarga dan kad pengenalannya!

Atas desakan warga siber, Damai yang berasal dari Sumedang, Jawa Barat itu memenuhi permintaan mereka.

Baru-baru ini, Damai menunjukkan Kad Keluarga dalam satu video yang dimuat naik pada 26 Januari.

Terbukti namanya memang Damai Kami Sepanjang Hari.

"Cuba lihat Kad Keluarga ini. Sekejap ya, kita gunakan kamera belakang. Ini (kadnya) bagi yang tidak percaya," kata Damai sambil menunjukkan kad tersebut.

(Gambar: TikTok/Damaibgt)

Kemudian timbul pula rasa ingin tahu apakah nama panggilan Damai memandangkan namanya begitu luar biasa.

"Nak dipanggil apa? Kita? Damai? Sepanjang? Hari? atau siapa? FIkiran saya. Jawab ya," kata seorang warga siber, seperti yang dipetik laman Suara.com.

(Gambar: TikTok/Damaibgt)

Disebabkan bertubi-tubi soalan yang bertanyakan apakah nama panggilannya, Damai memuat naik sebuah lagi video menjelaskan dia dipanggil 'Meimei'.

Menurut Damai, namanya itu diilhamkan daripada salah satu lagu dendangan penyanyi Iwan Fals yang bertajuk Damai Kami Sepanjang Hari.

Kebetulan bapa Damai merupakan peminat penyanyi tersebut. Maka itu, semua nama anaknya diilhamkan daripada penyanyi kegemarannya.

Contohnya, nama seorang lagi anak iaitu Anissa Cikal Rambu Anarki. Ia diilhamkan daripada sebuah lagu bertajuk 'Galang Rambu Anarki', lapor Suara.com. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan