Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Foodpanda luaskan operasi: Akan juga hantar barangan dapur, keperluan rumah, bunga

Syarikat khidmat penghantar makanan foodpanda mengumumkan pada Rabu (30 Okt) bahawa ia akan meluaskan khidmat penghantarannya, untuk juga meliputi barangan dapur, keperluan rumah dan bunga.

Anggaran Waktu Membaca:
Foodpanda luaskan operasi: Akan juga hantar barangan dapur, keperluan rumah, bunga

(Gambar: Telepod)

Diterbitkan : 31 Oct 2019 07:49PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 12:35AM

SINGAPURA: Syarikat khidmat penghantar makanan foodpanda mengumumkan pada Rabu (30 Okt) bahawa ia akan meluaskan khidmat penghantarannya, untuk juga meliputi barangan dapur, keperluan rumah dan bunga.

Para pelanggan juga boleh memesan produk-produk runcit, kecantikan dan jagaan bayi menerusi wadah mereka dan "mendapatkan penghantaran ke pintu rumah mereka dalam masa 25 minit atau kurang", menurut foodpanda dalam kenyataan itu.

Syarikat itu bekerjasama dengan lebih 1,000 peruncit termasuk rangkaian pasar raya Hao Mart, Caltex Star Mart, Eu Yan Sang dan syarikat pembekal daging dan makanan laut, The Fishwives.

Para pelanggan turut boleh memesan bunga daripada syarikat LilasBlooms dan Toki, manakala para ibu bapa boleh mendapatkan produk-produk jagaan bayi daripada Mothercare, salah satu syarikat yang tersedia.

"Kami tahu betapa sibuk dan kesempitan masa kehidupan harian kita," kata Pengarah Urusan foodpanda Singapura, Luc Andreani. "Sejak beberapa tahun lalu, berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada para pelanggan, jelas mereka inginkan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan harian mereka."

"Perkembangan baru ini adalah lanjutan semula jadi kepada matlamat kami untuk membawakan perkhidmatan yang menawarkan lebih banyak kemudahan dan pengalaman dalam kehidupan harian penduduk Singapura," tambah beliau.

Syarikat itu juga sedang "memperkuatkan pasukan produk dan kejuruteraan mereka", dengan menambah 100 jurutera di Singapura sejak tiga bulan yang lalu.

Ia menyasarkan untuk menggajikan sehingga 300 jurutera menjelang akhir tahun ini.

Syarikat milik Delivery Hero itu sudah berada di Singapura selama tujuh tahun dan ia mempunyai lebih 8,000 penghantar makanan serta lebih 7,000 rakan kongsi restoran di merata Singapura.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan