Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Fenomena astronomi unik dilihat di Pulau Pinang selepas 800 tahun

Masyarakat di Pulau Pinang, khususnya pengkaji bintang, cukup bertuah pada Isnin (21 Dis) apabila mereka berpeluang menyaksikan fenomena “Great Conjunction” atau “kesebarisan” planet Musytari dan Zuhal yang kali terakhir dilihat pada 4 Mac 1226.

Anggaran Waktu Membaca:
Fenomena astronomi unik dilihat di Pulau Pinang selepas 800 tahun

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Dec 2020 02:46PM Dikemas Kini : 22 Dec 2020 02:51PM

BALIK PULAU: Masyarakat di Pulau Pinang, khususnya pengkaji bintang, cukup bertuah pada Isnin (21 Dis) apabila mereka berpeluang menyaksikan fenomena “Great Conjunction” atau “kesebarisan” planet Musytari dan Zuhal yang kali terakhir dilihat pada 4 Mac 1226.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), fenomena itu merujuk kepada penjajaran dua planet berkenaan yang akan berakhir dengan kedua-duanya kelihatan hampir bertindih.

Keadaan langit yang cerah membolehkan kesebarisan kedua-dua planet terbabit dilihat dengan mata kasar di barat daya kaki langit sebaik matahari terbenam.

Bernama menyertai 20 ahli Persatuan Astronomi Pulau Pinang (ASP) dan 15 kakitangan Jabatan Mufti Pulau Pinang menyaksikan fenomena itu di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau.

“Great Conjunction” mula kelihatan pada pukul 7.43 malam.

Mereka yang menyaksikan fenomena itu tidak melepaskan peluang mengabadikan detik tersebut dengan mengambil gambar dan berswafoto.

"Saya akan mengingati saat ini selama-lamanya,” kata seorang daripada mereka selepas berswafoto berlatar belakang kesebarisan dua planet berkenaan.

Sementara itu, Presiden ASP Prof Dr Chong Hon Yew berkata penjajaran terdekat kedua-dua planet sehinggakan kelihatan seolah-olah “bertindih” ialah pada pukul 9.13 malam, namun pada masa berkenaan kedua-duanya sudah “tenggelam” di kaki langit.

“Apapun, fenomena ini sesuatu yang harus disaksikan dan diceritakan kepada generasi akan datang, kerana anda tidak akan dapat melihatnya lagi hinggalah 2080 nanti,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling yang turut hadir menyaksikan fenomen tersebut di Pusat Falak Sheikh Tahir, berkata beliau berharap dapat mempromosikan Perlis sebagai negeri pelancongan astronomi.

Katanya banyak lokasi di Perlis berpotensi sebagai kawasan untuk mencerap bintang kerana kadar pencemaran cahaya yang rendah selain mempunyai tanah datar seperti Chuping dan Wang Kelian.

“Saya berharap kerajaan negeri Perlis dapat menimbang perkara ini dan menilai potensinya untuk negeri,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan