Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

FatPapas antara restoran tawarkan 'Impossible Burger' di S'pura

Restoran FatPapas milik personaliti tempatan Sheikh Haikel melancarkan 'Impossible Menu' di kesemua empat cawangannya merata negara yang menyediakan burger berasaskan tumbuhan.

Anggaran Waktu Membaca:
FatPapas antara restoran tawarkan 'Impossible Burger' di S'pura

Gambar: FatPapas/Facebook

Diterbitkan : 04 Apr 2019 10:40PM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 06:18PM

SINGAPURA: Restoran FatPapas milik personaliti tempatan Sheikh Haikel melancarkan 'Impossible Menu' di kesemua empat cawangannya merata negara yang menyediakan burger berasaskan tumbuhan.

Ia merupakan restoran terbaru untuk memperkenalkan Impossible Foods ke dalam sajian hidangannya sejak pelancaran syarikat tersebut di Singapura pada awal Mac.

FatPapas juga adalah antara restoran pertama di Asia untuk menyediakan produk unggul syarikat tersebut - produk seperti daging diperbuat daripada tumbuhan yang tidak mengandungi gluten dan tiada hormon haiwan.

'Menu Impossible' di FatPapas menampilkan 'Impossible Cheese Burger', 'Impossible Cottage Pie' dan 'Impossible Meatball Spaghetti' (semuanya berharga S$18) serta 'Impossible Chili Queso and Chips' (S$15.50).

Gambar: FatPapas/Facebook

Menurut kenyataan media FatPapas, patti 'Impossible Burger' mempunyai pensijilan halal dari Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Mula diasaskan pada 2017, FatPapas dipasarkan sebagai rakan jenama versi halal kepada rangkaian restoran Fatboy. Empat cawangan FatPapas terletak di Bali Lane, Waterway Point, Northpoint dan Century Square.

'Impossible Burger' diperkenalkan di Singapura pada 7 Mac lalu di lapan restoran termasuk Potato Head, Park Bench Deli, Bread Street Kitchen By Gordon Ramsay dan Cut By Wolfgang Puck.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan