Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Facebook teroka ciri panggilan suara & video pada aplikasi utama

Facebook Inc bakal membolehkan sesetengah pengguna membuat panggilan suara dan video menerusi aplikasi utamanya melalui satu percubaan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna membuat panggilan tanpa membuka aplikasi Messenger.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook teroka ciri panggilan suara & video pada aplikasi utama

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 24 Aug 2021 11:30AM Dikemas Kini : 24 Aug 2021 11:33AM

REUTERS: Facebook Inc bakal membolehkan sesetengah pengguna membuat panggilan suara dan video menerusi aplikasi utamanya melalui satu percubaan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna membuat panggilan tanpa membuka aplikasi Messenger.

Gergasi media sosial itu memisahkan aplikasi Messenger daripada aplikasi utamanya sejak beberapa tahun yang lalu. Ini bermakna para pengguna harus memuat turun aplikasi berbeza untuk menghantar mesej dan membuat panggilan.

Facebook sedang cuba menggabungkan ciri menghantar pesanan menerusi pelbagai aplikasi dan pertama kali membolehkan Messenger digunakan menerusi Instagram pada September lalu.

Langkah tersebut membolehkan para pengguna khidmat-khidmat itu untuk mencari kontak, mengirim pesanan dan membuat panggilan video tanpa perlu memuat turun kedua-dua aplikasi.

Ia turut merancang untuk menyepadukan WhatsApp.

Namun, seorang jurucakap Facebook berkata pada Isnin bahawa untuk memanfaatkan ciri-ciri mengirimkan pesanan dan membuat panggilan audio dan video sepenuhnya, para pengguna seharusnya menggunakan Messenger.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan