Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Facebook labur S$1.4 bilion di S'pura, bina pusat data pertama di Asia

Syarikat gergasi media sosial Facebook pada Khamis (6 Sep) mengumumkan akan melabur lebih S$1.4 bilion di Singapura untuk membangunkan pusat data pertamanya di Asia. Kemudahan baru di Jurong East itu, seluas 170,000 meter persegi, dan akan "menawarkan beratus-ratus pekerjaan".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Sep 2018 11:43AM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 12:01AM

SINGAPURA: Syarikat gergasi media sosial Facebook pada Khamis (6 Sep) mengumumkan akan melabur lebih S$1.4 bilion di Singapura untuk membangunkan pusat data pertamanya di Asia.

Kemudahan baru di Jurong East itu, seluas 170,000 meter persegi, dan akan "menawarkan beratus-ratus pekerjaan".

Menurut kenyataan media syarikat itu, kemudahan tersebut adalah sebahagian pelan Facebook untuk meningkatkan kehadirannya di Singapura dan rantau ini.

Kemudahan itu juga dikatakan "sangat cekap" dari segi penggunaan air, tenaga dan ruang.

Misalnya, bangunan baru itu akan menggabungkan teknologi penyejukan cecair yang akan mengurangkan penggunaan air dan tenaga.

Menurut Facebook, berdasarkan ujian yang dijalankan, teknologi itu dapat mengurangkan penggunaan air bawah tanah sebanyak 20 peratus di negara yang mempunyai iklim seperti Singapura.

Bahagian luar bangunan 11 tingkat itu pula dibuat daripada bahan ringan yang ditebuk lobang bagi memudahkan pengaliran udara.

Facebook melantik syarikat binaan Fortis Construction sebagai kontraktor am berdasarkan pengalaman syarikat binaan itu dalam membina pusat maklumat yang cekap. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan