Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Facebook akan lancarkan aplikasi permainan video

Syarikat gergasi teknologi Facebook Inc merancang untuk melancarkan sebuah aplikasi mudah alih permainan video pada Isnin (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook akan lancarkan aplikasi permainan video
Diterbitkan : 20 Apr 2020 08:59AM Dikemas Kini : 20 Apr 2020 09:02AM

REUTERS: Syarikat gergasi teknologi Facebook Inc merancang untuk melancarkan sebuah aplikasi mudah alih permainan video pada Isnin (20 Apr) yang akan memberi tumpuan kepada penstriman permainan secara langsung, dalam usaha menyaingi aplikasi Twitch kendalian Amazon.com Inc, laman YouTube milik Google dan khidmat Mixer yang ditawarkan oleh Microsoft Corp, lapor akhbar New York Times pada Ahad (19 Apr).

Facebook Gaming pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada Jun, namun syarikat itu akan melakukannya lebih awal sedang orang ramai menjalani kuarantin diri di rumah akibat COVID-19, menurut laporan itu.

"Membuat pelaburan dalam permainan umumnya menjadi satu keutamaan bagi kami kerana permainan merupakan satu bentuk hiburan yang benar-benar menghubungkan orang ramai," menurut akhbar yang menukil ketua aplikasi permainan Facebook, Fidji Simo.

"Ia memberi hiburan yang bukan hanya satu bentuk penggunaan pasif tetapi juga hiburan yang interaktif dan menghubungkan orang ramai," kata Encik Simo.

Aplikasi itu juga meliputi permainan biasa dan akses kepada penggemar permainan video, menurut akhbar The New York Times.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan