Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

ePustaka: 'Suatu Malam Puaka' bukan setakat menyeramkan; tonjolkan isu penyakit mental

Novel 'Suatu Lama Puaka' tidak menghampakan dari segi jalan cerita. Setiap bab membuat pembaca berasa takut tetapi tetap ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Adegan-adegan yang berlaku menyebabkan pembaca ghairah untuk terus membaca bagi mengetahui penyelesaian cerita.  

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: 'Suatu Malam Puaka' bukan setakat menyeramkan; tonjolkan isu penyakit mental

(Gambar ihsan: NLB)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 04:35PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 04:39PM

BERITAmediacorp: Daripada tajuknya sahaja kita dapat meneka bahawa novel ini memaparkan kisah seram yang berlegar sekitar genre saspens dan misteri.

Ia mengisahkan tentang seorang remaja bernama Qays dan keluarganya yang membuat keputusan untuk menginap semalaman di Hotel Mewah setelah sesat dalam perjalanan pulang dari Malaysia ke Singapura.

Di situ, pelbagai insiden yang menyeramkan telah berlaku ke atas Qays dan keluarganya sehingga dia tidak dapat membezakan antara realiti dan halusinasi.

Novel ini tidak menghampakan dari segi jalan cerita. Setiap bab membuat pembaca berasa takut tetapi tetap ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.

Adegan-adegan yang berlaku menyebabkan pembaca ghairah untuk terus membaca bagi mengetahui penyelesaian cerita.

Meskipun novel ini mengandungi perbincangan tentang kewujudan alam ghaib, penulis turut mengetengahkan beberapa isu semasa yang hangat dibincangkan sekarang seperti penyakit mental dan kesan-kesannya.

Insiden-insiden seram di hotel itu yang membuat Qays mengalami histeria hanya dianggap sebagai halusinasi oleh keluarganya dan pekerja-pekerja hotel.

Ibu Qays, Puan Elly, percaya bahawa halusinasi tersebut disebabkan oleh ubat doktor yang tidak diambil oleh anaknya. Sebaliknya, Qays pasti bahawa dia diganggu oleh makhluk-makhluk ghaib yang menghantui hotel itu.

Situasi ini mencerminkan realiti yang sedang berlaku. Persoalan tentang kewujudan alam ghaib dan penyakit sukar untuk dipisahkan.

Adakah halusinasi Qays disebabkan oleh penyakit mental yang dialaminya? Atau ia disebabkan oleh alam ghaib yang dapat dilihatnya?

Walau apa pun, cerita ini mengajak pembaca memberikan lebih perhatian kepada kesihatan mental seseorang.

Novel ini juga berjaya mencerminkan kehidupan sebenar menerusi watak-wataknya. Paparan seperti ibu bapa Qays yang kadangkala bercanggah pendapat dan kebergantungan adik perempuannya, Sue, pada Qays adalah contoh-contoh yang mungkin dapat dikaitkan dengan kehidupan pembaca sendiri.

Bahasa yang digunakan oleh penulis mudah difahami namun tetap bermutu.

Imej-imej yang terdapat dalam cerita menghidupkan setiap watak. Gambaran peristiwa seram yang dijelaskan juga berjaya menaikkan bulu roma sesiapa saja yang membacanya.

Novel ini pasti membuat anda yang gemar kisah seram dan kritis terhadap isu kesihatan mental serta hubungan kekeluargaan berasa teruja!

Sila lungsuri laman katalog NLB di https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku ini.

  • Tajuk Buku: Suatu Malam Puaka
  • Penulis: Jekyll Gyzma
  • Nombor Panggilan: Y Malay JEK
  • Penerbit: Kuala Lumpur : Kadokawa Gempak Starz, 2018.
  • Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan  

Jangan terlepas membaca ulasan-ulasan buku lain dalam siri ePustaka di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan