Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

ePustaka: Novel klasik ini papar kisah cinta dinodai pengkhianatan, dendam kesumat

Berlatarbelakangkan Parit Raja Laut di Muar, Johor pada tahun 1776, karya ini mengisahkan cabaran percintaan antara Awang dan Dayang. 

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: Novel klasik ini papar kisah cinta dinodai pengkhianatan, dendam kesumat

Buku Lembing Awang Pulang ke Dayang karya Abdul Latip Talib. (Gambar: NLB)

Diterbitkan : 28 Mar 2021 07:38AM Dikemas Kini : 28 Mar 2021 02:44PM

BERITAmediacorp: Semasa kecil, kita sering mendengar pelbagai kisah klasik mahupun legenda yang dianyam dengan sejarah nusantara.

Selain menjadi sumber dokumentasi sejarah, ia juga berfungsi sebagai bahan pendidikan masyarakat.

Begitulah yang dapat diraih daripada penghayatan novel Lembing Awang Pulang ke Dayang karya penulis novel sejarah tersohor Abdul Latip Talib ini.

Berlatarbelakangkan Parit Raja Laut di Muar, Johor pada tahun 1776, karya ini mengisahkan cabaran percintaan antara Awang dan Dayang.

Setelah mereka ditunangkan demi menjaga maruah keluarga, Awang terpaksa merantau selama tiga tahun untuk memenuhi syarat hantaran pernikahan berupa wang S$370.07 dan sehelai kain mastuli tenunan Bugis dari Makasar.

Semasa berada di perantauan, Awang turut menjuarai pertandingan catur anjuran Raja Makasar. Antara lain, beliau diaugerahi dua batang lembing sakti.

Malangnya, setelah memiliki kesemua hantaran, kepulangan Awang tertunda di luar kawalannya.

Bachok, anak Penghulu Parit Bakar yang juga ingin memperisterikan Dayang, menyebar khabar bahawa Awang sudah mati. Ini menyebabkan pertunangan Awang dengan Dayang diputuskan dan Dayang ditunangkan pula dengan Bachok.

Awang pulang ke Parit Raja semasa majlis perkahwinan Bachok dan Dayang akan berlangsung. Melihat perkembangan di depan mata, dendam Awang terhadap Bachok ingin dilunaskan segera!

Apakah yang berlaku semasa majlis perkahwinan itu?

Benarkah hingga 99 nyawa terkorban dek serangan lembing sakti Awang?

Pinjamlah eBuku Lembing Awang Pulang ke Dayang di pautan https://nlb.overdrive.com/media/3705703

Kunjungi laman NLB Overdrive di https://nlb.overdrive.com/collection/102061 untuk mendapatkan lebih banyak lagi novel sejarah yang menggugah minda!

Tajuk: Lembing Awang Pulang ke Dayang
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: Batu Caves : PTS Litera Utama, 2018
Pautan NLB Overdrive: https://nlb.overdrive.com/media/3705703
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB 

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan