Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

ePustaka: Kilo vs Kalori kongsi pengalaman 7 individu turunkan berat badan

Obesiti atau keadaan sangat gemuk boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan, sosial dan mental.

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: Kilo vs Kalori kongsi pengalaman 7 individu turunkan berat badan

(Gambar: NLB)

Diterbitkan : 04 Jul 2021 02:05PM Dikemas Kini : 04 Jul 2021 02:07PM

BERITAmediacorp: Obesiti atau keadaan sangat gemuk boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan, sosial dan mental.

Disebabkannya, pasangan berpisah dan kes buli dihadapi pelajar. Pernahkah anda menjalani fasa menjadi gemuk dan cuba untuk menurunkan berat badan tetapi gagal?

Buku ini memuatkan pengalaman 7 orang individu daripada pelbagai bidang pekerjaan (dari doktor perubatan hingga ke personaliti media sosial) yang berjaya melawan obesiti.

Berumur antara 28 hingga 50 tahun, mereka berhasil menurunkan berat badan hingga sebanyak 36 kilogram!

Perkongsian jujur mereka menjadikan buku ini menarik kerana kisah perjalanan setiap individu itu berbeza, tetapi ada jalur persamaannya.

Antara punca kegemukan atau obes adalah gaya hidup yang tidak sihat dan sikap negatif terhadap penjagaan kesihatan. Tabiat pemakanan yang tidak terkawal sejak kecil menjadi penyebab lemak terkumpul di dalam badan. Ada yang terus menerima hakikat kegemukan mereka sebagai kesan genetik, lalu mengaku kalah.

Gejala kesihatan yang dialami orang obes termasuklah tekanan darah tinggi, masalah jantung dan sakit-sakit sendi.

Inilah yang mencetuskan usaha untuk melawan obesiti.

Antara penyebab lain yang dikongsi para penulis dalam buku ini adalah apabila doktor ditegur pesakit sendiri kerana dia yang dianggap ikon masyarakat sihat berbadan gemuk; atau ketika ingin ‘naik pelamin’ dan mendapatkan zuriat.

Diet dan bersenam adalah langkah yang popular untuk menguruskan berat badan. Cara-cara lain yang menjanjikan hasil serta-merta tetapi tidak tahan lama termasuklah menyapu krim menghilangkan cellulite; memimun teh detoks dan pengambilan pil menahan nafsu makan.

Kebanyakan usaha ini memberi kesan sampingan yang tidak diingini.

Antara langkah berkesan adalah berjumpa pakar pemakanan untuk mengenal pasti diet sihat.

Ini termasuk 'meal prep' atau penyediaan makanan sihat ke pejabat. Jika perlu makan di luar, gunakan konsep suku-suku-separuh bagi piring anda: suku nasi/mee, suku daging/ayam, separuh sayur-sayuran; dan pilih air kosong.

Di samping diet, senaman perlu digandingkan sama. Latihan daya tahan atau resistance training adalah senaman yang amat berkesan untuk membakar lemak dan membina otot-otot agar menolong meninggikan kadar metabolisme badan anda.

Bagi anda yang ingin memulakan hijrah sihat dengan menguruskan badan, jadikan usaha ini sebagai satu proses yang berterusan dan usah bertangguh.

Sila lungsuri laman katalog NLB di https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku ini.

Tajuk: Kilo vs Kalori
Penulis: Ahmad Fikri, dll.
Penerbit: Kuala Terengganu: Penerbitan Kata-Pilar, 2019
Nombor panggilan: 616.398 KIL-[HEA]
Pengulas: S Zahra Aljunied, Pustakawan Kanan, NLB 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan