Images
  • laundry
    (Gambar: Unsplash)

Elak sidai pakaian dalam rumah, boleh bawa kesan buruk terhadap kesihatan anda

KUALA LUMPUR: Ada sesetengah individu yang lebih gemar untuk menyidai pakaian dalam rumah.

Ini terutama sekali apabila mereka mencuci pakaian pada waktu malam dan ada juga yang lebih cenderung untuk menjemur pakaian dalam rumah atas sebab-sebab tertentu.

Lazimnya, pakaian akan disidai dalam rumah jika rumah itu tidak mempunyai ampaian, atau individu itu tinggal di sebuah pangsapuri, menukil rencana Mingguan Wanita.

Ada sesetengah individu pula yang mengambil jalan selamat untuk menjemur pakaian dalam rumah kerana khuatir tiada sesiapa berada dalam rumah jika hujan turun.

Ada sesetengah alasan untuk menjemur pakaian dalam rumah mungkin boleh diterima.

Namun, tahukah anda menjemur pakaian dalam rumah sebenarnya mempunyai kesan terhadap kesihatan diri?

Ini antara sebab-sebabnya:

1. PENYEBAB BARAH

Jika anda sering menambah pelembut kain atau 'fabric softener' untuk mengharumkan pakaian yang sudah dicuci, kandungan tinggi bahan acetaldehyde dalam sabun pelembut kain itu boleh memudaratkan kesihatan anda jika ia sering dihidu.

Justeru, jika boleh, cuba elakkan daripada menjemur pakaian dalam rumah kerana bahaya jika bahan acetaldehyde itu kerap dihidu.

2. PENGARUH ALAHAN

Udara yang terperangkap dalam rumah boleh menyebabkan bakteria tumbuh.

Jika anda mengalami masalah kulit, elakkan daripada menjemur pakaian dalam rumah.

Ini kerana ia adalah salah satu faktor utama penyebab alahan (ruam) dan masalah gangguan pernafasan, menukil rencana Mingguan Wanita.

3. BERACUN

Pernahkah anda membasuh pakaian namun terlupa untuk menyidainya lalu pakaian yang baru sahaja dicuci menjadi bau busuk walaupun ia sudah direndam dalam pelembut kain.

Itulah dianggap sebagai racun.

Hanya dalam jangka masa tertentu, udara yang dihidu boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda tanpa disedari, menurut rencana Mingguan Wanita.

4. PENYAKIT SEMPUT

Mengeringkan pakaian dalam ruang kecil boleh meningkatkan kadar kelembapan di ruang itu dan menyebabkan kenaikan debu.

Ini merupakan satu alasan utama penyebab asma dan alahan.

5. MELEMAHKAN SISTEM DAYA KETAHANAN TUBUH

Amalan menjemur pakaian dalam rumah boleh melemahkan sistem daya ketahanan tubuh.

Justeru, ia tidak pelik jika penghuni rumah itu mudah mengalami selesema, demam atau mungkin dijangkiti pelbagai penyakit lain.

Untuk mencegah kesan tidak diingini itu, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah.

Sebaiknya, pakaian yang basar dijemur di bawah terik matahari.

Namun, pastikan anda tidak menjemurnya secara langsung bagi mengelakkan warna pakaian daripada menjadi kusam dan luntur.

- Agensi berita/HA/ha

Top