Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Eksport durian M'sia 'runtuh' akibat virus korona baru

Permintaan bagi durian menjunam di China akibat wabak virus korona baru, menyebabkan pengeksport Malaysia mengalami lambakan bekalan. Ini di samping tempahan yang lembap dan kemungkinan invois tidak dibayar bagi buah-buahan yang dihantar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport durian M'sia 'runtuh' akibat virus korona baru

Seorang lelaki menyusun buah durian di gerai pasar di Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 11:25AM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 11:29AM

KUALA LUMPUR: Permintaan bagi durian menjunam di China akibat wabak virus korona baru, menyebabkan pengeksport Malaysia mengalami lambakan bekalan. Ini di samping tempahan yang lembap dan kemungkinan invois tidak dibayar bagi buah-buahan yang dihantar.

Ini bagaimanapun bermakna pencinta durian tempatan boleh menjangkakan bekalan yang banyak pada harga yang lebih murah.

Presiden Persatuan Pengeksport Durian Malaysia Sam Tan memberitahu The Malaysian Insight bahawa China sudahpun mengimport sejumlah besar durian bagi tempoh Tahun Baru Cina tetapi wabak virus korona baru menyebabkan kemerosotan ketara pada pembeliannya.

"Pengedar China menyediakan stok durian sebagai persiapan bagi perayaan Tahun Baru China tetapi sekarang mereka tidak dapat menjualnya.

"Saya bimbang kami akan menerima tempahan yang merosot dengan ketara atau pembatalan bagi kelompok seterusnya. Kami hanya akan tahu selepas tamat tempoh cuti musim bunga," katanya.

Pengarah Urusan Top Fruits Sdn Bhd, Tan Sue Sian, berkata akibat tempoh cuti yang dilanjutkan oleh China sebagai respons terhadap wabak tersebut, ia hanya akan menjadi jelas minggu ini sama ada bilangan tempahan akan merosot.

"Virus Wuhan benar-benar memporak-perandakan rancangan kami," ujar beliau.

Wabak tersebut bermula di bandar Wuhan, China, di wilayah Hubei sekitar enam minggu lalu. Ia sudahpun dijangkiti lebih 40,000 orang dan meragut lebih 900 jiwa, kebanyakannya warga Cina. Malaysia sudahpun mencatatkan 17 kes jangkitan.

Encik Sam Tan tidak menolak kemungkinan pembatalan pada tempahan sambil berkata ia hanya akan menjadi gelombang kerugian pertama yang akan ditanggung para pembekal dengan gelombang kedua disebabkan permintaan durian beku yang berkurangan selepas musim cuti.

Sesetengah pengeksport akan mengalihkan bekalan mereka ke pasaran tempatan untuk mengelakkan kerugian, tambahnya.

"Tetapi permintaan setempat terhad. Kebanyakan produk durian yang diproses sepatutnya untuk dijual di China. Dengan penjualan terjejas, tiada cara untuk membuang sebilangan besar durian itu."

Encik Tan Sue Sian berkata durian yang dibekukan bersama tempurungnya boleh disimpan sehingga 18 bulan dan para pengeksport mungkin menaikkan bekalan semasa musim durian.

ISU PEMBAYARAN

Encik Sam Tan berkata pasaran eksport kini lembap kerana krisis virus korona dan tiada banyak yang dapat dilakukan para pengeskport selain menunggu dan melihat.

Beliau juga menjangkakan masalah untuk mendapatkan bayaran daripada para peniaga China.

"Para pembeli China memesan durian tahun lalu sebagai persiapan menjelang cuti musim bunga dan tempoh pembayaran mereka lazimnya selepas Tahun Baru Cina. Sekarang persoalannya adalah sama ada kami akan menerima pembayaran kami."

Beliau meramalkan pasaran eksport durian akan kembali pulih menjelang Jun jika wabak tersebut dapat dikawal dengan segera.

MUSANG KING LEBIH MURAH

Kejatuhan eksport ke China adalah berita baik bagi para penduduk setempat kerana bekalan berlebihan raja buah itu menandakan harga buah itu akan jatuh.

Pakar durian Lim Chin Khee ditukil dalam laporan-laporan berita sebagai berkata bahawa harga gred tertinggi durian jenis musang king merosost dari RM60 (S$20) kepada RM30 bagi setiap kilogram (S$10).

"Ramai petani di Raub, Pahang, dan beberapa bahagian lain di Malaysia sudahpun berhenti memproses durian untuk China kerana mereka tidak mahu mengambil risiko," kata Encik Lim.

"Bagaimana jika keadaan virus bertambah buruk? Kami akan mempunyai banyak bekalan durian yang tidak terjual di dalam peti sejuk." 

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : Agensi berita/TODAYonline/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan