Durian 'J-Queen' dijual pada harga $1,300 sebiji
Kepada para 'peminat tegar' buah durian, berapakah yang anda sanggup belanjakan untuk menikmati Raja Buah itu? $100? $200? Bagaima pula kalau S$1,300, untuk sebiji sahaja?
INDONESIA: Kepada para 'peminat tegar' buah durian, berapakah yang anda sanggup belanjakan untuk menikmati Raja Buah itu?
$100? $200? Bagaima pula kalau S$1,300, untuk sebiji sahaja?
Baru-baru ini, penjualan sejenis durian di Jawa Barat, Indonesia menarik perhatian ramai peminat buah itu.
Laman the Guardian melaporkan, durian "J-Queen" yang dikatakan sangat jarang ditemui itu, dijual pada harga RP14,000,000 (S$1,340), atau sekitar tiga kali ganda gaji bulanan purata rakyat negara itu.
Namun penemu jenis durian ini menegaskan beberapa faktor yang membuat "J-Queen" ini 'tajam' pada dompet si pembeli.
"Durian J Queen ini pun berbuah di pohonnya tiga tahun sekali. Setiap pohonnya hanya berbuah paling banyak 20 buah. Pohon durian ini hanya saya yang punya dan tak diperjualbelikan bibitnya selama ini," kata Aka dalam wawancaranya dengan laman tersebut.
Menurut Aka, seorang lulusan psikologi, 32 tahun, durian jenis J-Queen itu juga merupakan hasil kacukan jenis-jenis durian yang baik di Indonesia, lantas memberikannya ciri-ciri yang sangat baik.
"Niat saya ingin meningkatkan kesejahteraan para petani dengan menciptakan durian unggulan. Saya selama ini memiliki kebun durian di Kendal, Pekalongan, Banyumas, Pangandaran, dan Gunung Tanjung, Manonjaya, Tasikmalaya," tambah beliau seperti ditukil Kompas.
Menurut laporan itu lagi, ciri-ciri baik yang terdapat pada J-Queen termasuk bentuk bulatan sempurna serta rasa yang unik seperti mentega kacang, dengan rasa manis dan pahit yang seimbang.
Meskipun demikian, the Guardian pula melaporkan para petani tempatan belum pernah mendengar durian jenis J-Queen ini, dan sebaliknya berpendapat jenis durian terunggul di Indonesia adalah jenis Montong dan Kumbokarno, yang selalunya dijual pada harga RP200,000 (S$19).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.