Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Durian gergasi ini seberat 12kg; ada yang sanggup bayar RM200

"Saya biasa menerima durian bersaiz besar, tetapi ini kali pertama durian gergasi seberat 12 kilogram ditemui hingga ada yang sanggup menawarkan harga tinggi," kata peraih durian, Encik Samsuri Ahmad, 54 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Durian gergasi ini seberat 12kg; ada yang sanggup bayar RM200

(Gambar: Ahmad Ismail)

Diterbitkan : 14 Jun 2020 05:53PM Dikemas Kini : 14 Jun 2020 11:47PM

SEGAMAT: "Saya biasa menerima durian bersaiz besar, tetapi ini kali pertama durian gergasi seberat 12 kilogram ditemui hingga ada yang sanggup menawarkan harga tinggi," kata peraih durian, Encik Samsuri Ahmad, 54 tahun.

Encik Samsuri berkata, ada pelanggan sanggup menawarkan RM200 (S$65) bagi membelinya mendakwa untuk diawetkan buat kenangan, lapor MyMetro.

"Saya menyedari kelainan pada durian berkenaan apabila memeriksa timbunan durian dalam raga dihantar pekebun pagi tadi," katanya ditemui di lokasi pengumpulan durian di Kampung Paya Jakas, Jementah, Segamat, hari ini (14 Jun).

Katanya, berbeza daripada yang biasa dilihat ia dianggap rezeki yang tidak diduga namun menolak tawaran pelanggan itu kerana ingin menikmati rasanya bersama rakan, menurut MyMetro lagi.

"Terdapat 12 ulas durian di dalam enam pangsanya selain berasa lemak manis.

"Buah durian normal mempunyai berat sekitar 800 gram hingga 3 kilogram.

"Selain beratnya amat berbeza daripada yang biasa dilihat ukuran lilitan buahan itu ialah kira-kira 80 sentimeter; tidak pernah ditemui," katanya.

MyMetro turut melaporkan bahawa pekebun yang berusia 50 tahun itu mendakwa menggunakan baja organik yang berkemungkinan menyebabkan pembesaran durian berlaku namun kurang pasti bakanya.

Menurut Encik Samsuri, bagaimanapun pekebun itu menyatakan hanya sebiji sahaja buahan gergasi itu dihasilkan dari puluhan pokok durian ditanamnya."

Encik Samsuri berkongsi: "Kali pertama beliau melihat durian sebesar itu selama 30 tahun melibatkan diri sebagai peraih durian."

"Selama ini beliau hanya mengetahui durian gergasi memang wujud di luar negara melalui media massa tetapi hari ini berpeluang melihatnya secara langsung," kata Encik Samsuri lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan