Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Dua gelas atau lebih minuman bergas sehari mungkin tingkat risiko kematian awal: Kajian

Pengambilan minuman bergas, sama ada yang mengandungi gula atau pemanis tidak asli, mungkin meningkatkan risiko kematian awal, menurut satu kajian baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua gelas atau lebih minuman bergas sehari mungkin tingkat risiko kematian awal: Kajian

(Gambar: Pexels/rawpixel.com)

Diterbitkan : 04 Sep 2019 11:33PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 11:40PM

REUTERS: Pengambilan minuman bergas, sama ada yang mengandungi gula atau pemanis tidak asli, mungkin meningkatkan risiko kematian awal, menurut satu kajian baru.

Dalam satu kajian yang memantau lebih 400,000 orang dewasa warga Eropah selama lebih 16 tahun, risiko kematian awal meningkat bagi para individu yang meminum dua gelas atau lebih minuman bergas sehari, menurut satu laporan yang diterbitkan dalam JAMA Internal Medicine.

Kajian itu meneliti diet dari peringkat permulaan, termasuk pengambilan minuman bergas.

Para peserta juga perlu mengisi borang mengenai tahap pendidikan, tabiat merokok, pengambilan minuman keras dan aktiviti fizikal.

Setelah mengecualikan para peserta yang mengalami barah, penyakit jantung dan kencing manis pada peringkat permulaan kajian, serta mereka yang tidak mempunyai data bagi pengambilan minuman bergas, hanya 451,743 peserta yang tinggal.

Apabila para pengkaji meneliti data mereka, sambil mengambil kira faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kematian, seperti indeks jisim tubuh dan merokok, mereka mendapati bahawa para peserta yang minum dua gelas atau lebih minuman bergas sehari, 17 peratus lebih berkemungkinan meninggal dunia awal, berbanding mereka yang minum kurang daripada segelas minuman gas sebulan.

Mereka yang minum dua gelas atau lebih minuman bergas mengandungi gula sehari, 8 peratus lebih berkemungkinan meninggal dunia pada usia awal berbanding mereka yang minum kurang daripada segelas sebulan. Selain itu, mereka yang minum dua gelas atau lebih minuman bergas yang mengandungi pemanis tidak asli sehari, 26 peratus lebih berkemungkinan akan meninggal dunia awal berbanding mereka yang minum kurang daripada segelas sebulan.

Menurut para pengkaji, terdapat perbezaan antara dua kumpulan peserta yang menjangkaui pengambilan minuman bergas.

"Para individu yang banyak minum minuman bergas mempunyai BMI yang lebih tinggi dan lebih besar kemungkinan perokok," menurut seorang saintis di Agensi Antarabangsa bagi

Kajian mengenai Barah. "Kami membuat penyesuaian statistik dalam analisis kami bagi BMI, tabiat merokok dan faktor-faktor kematian yang lain, yang mungkin menyebakan keputusan kami berat sebelah dan kaitan di antaranya masih kekal."

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan