Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

DoubleTree by Hilton di Phuket tawarkan bilik suite bertemakan biskut

Jika anda pernah menginap di mana-mana rangkaian hotel DoubleTree by Hilton di dunia, anda pasti sudah merasai biskut cip cokelat yang dihidangkan panas-panas kepada para tetamu secara percuma.

Anggaran Waktu Membaca:
DoubleTree by Hilton di Phuket tawarkan bilik suite bertemakan biskut

Bilik suite 'Cookie Suite' di Phuket Banthai Resort oleh DoubleTree by Hilton dekat Thailand bernilai dari S$340 semalam. (Gambar: DoubleTree by Hilton)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 12:02AM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 12:05AM

SINGAPURA: Jika anda pernah menginap di mana-mana rangkaian hotel DoubleTree by Hilton di dunia, anda pasti sudah merasai biskut cip cokelat yang dihidangkan panas-panas kepada para tetamu secara percuma.

Kudapan tersebut menjadi sinonim dengan rangkaian hotel berkenaan sejak ia mula menyediakannya pada 1986.

Kini, tempat peranginan baru Phuket Banthai Resort oleh DoubleTree by Hilton di Thailand meluaskan konsep tersebut dengan melancarkan bilik 'Cookie Suite' yang pertama seumpamanya oleh rangkaian hotel berkenaan.

Bilik suite 'King Deluxe' dihiasi sepenuhnya dengan barang-barangan berkaitan biskut dengan susunan teliti setiap objek membangkitkan suasana mesra Instagram - sesuai untuk anda yang gila bergambar!

Pakej Pengalaman 'Cookie Suite' (pakej 3 hari 2 malam bermula dari 7,500 THB atau S$339) disediakan untuk tempahan di resort yang baru berusia sebulan itu, terletak tepat bertentangan dengan Pantai Patong di Phuket. Namun, tempahan hanya boleh dibuat sehingga 31 Disember ini.

Selain mempunyai ruang tamu, dapur serta tab mandi jakuzi berasingan, suite satu-bilik tersebut juga mempunyai sebuah bar atau kaunter tempat makan dan minum yang ditatarias dengan perhiasan comel berunsur biskut. Bahkan, sudut itu juga dilengkapi biskut-biskut yang dibakar segar.

(Gambar: DoubleTree by Hilton)

Jika semua bekalan biskut itu masih tidak mencukupi, anda boleh meminta untuk dihidangkan dengan lebih banyak kudapan tersebut sepanjang penginapan anda. Ini boleh dilakukan oleh semua tetamu hotel-hotel DoubleTree by Hilton seluruh dunia.

Menariknya bagi para tetamu yang menginap di 'Cookie Suite', mereka juga berpeluang mencuba biskut eksklusif DoubleTree by Hilton berperisa pad thai dan kelapa semasa tempoh penginapan.

Bukan saja ada barang-barang perhiasan berkaitan biskut buat santapan halwa mata anda, suasana dalam bilik 'Cookie Suite' itu juga menyediakan lilin wangian serta bahan untuk menenang jiwa atau 'body scrub' yang datang dalam pelbagai aroma seperti mentega vanila dan cip cokelat.

(Gambar: DoubleTree by Hilton)

Mereka juga boleh bersiar-siar di pesisiran Pantai Patong, dengan memakai kit pantai bertemakan biskut yang turut disediakan. Persalinan jubah mandi dan selipar bercirikan biskut juga disiapkan manakala untuk kanak-kanak pula, mereka boleh bermain dengan bantal biskut.

(Gambar: DoubleTree by Hilton)

Pakej Pengalaman 'Cookie Suite' juga menawarkan kemudahan serta khidmat yang tiada kena mengena dengan biskut. Antaranya termasuk sarapan harian untuk dua orang, satu minuman ketika waktu matahari terbenam bagi setiap orang setiap hari di bar hotel untuk dua orang, set makan malam empat hidangan di restoran hotel tersebut serta pengangkutan pulang ke lapangan terbang.

Kadar bilik biasa di Phuket Banthai Resort oleh DoubleTree by Hilton bermula dari 2,250 THB (S$102) untuk setiap malam. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan