Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Diet 'DASH' sesuai cegah batu karang

Adakah anda seseorang yang mudah mengalami masalah batu karang? Kalau ya, anda mungkin mahu meminum lebih banyak air, mengurangkan pengambilan garam dan memakan makanan yang kaya dengan kalsium. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diet 'DASH' sesuai cegah batu karang

(Gambar: Yvonne Duivenvoorden/Reuters)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 11:17PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 10:36PM

WASHINGTON: Adakah anda seseorang yang mudah mengalami masalah batu karang? Kalau ya, anda mungkin mahu meminum lebih banyak air, mengurangkan pengambilan garam dan memakan makanan yang kaya dengan kalsium. Yang lain pula bergantung kepada komposisi kimia yang dikesan pada batu karang.

Lebih 90 peratus batu karang mengandungi kalsium, biasanya dalam bentuk kalsium oksalat, kalsium fosfat dan hidroksiapatit. Kadangkala pula, batu karang mungkin mengandungi asid urik atau bahan kimia lain. Malah, New York Times difahamkan bahawa seseorang individu boleh mengalami pelbagai jenis batu karang.

Sejak dahulu lagi, para doktor menasihati para pesakit supaya menghadkan jumlah pengambilan kalsium memandangkan kebanyakan batu karang mengandungi kalsium. Ia mungkin satu saranan yang wajar, namun ia tidak semestinya tepat.

Pada awal 1990-an, sekumpulan doktor dari Harvard mengkaji lebih 45,000 lelaki yang tidak pernah mengalami masalah batu karang selama empat tahun dan membuat kesimpulan yang mengejutkan. Mereka mendapati bahawa makanan yang kaya dengan kalsium sebenarnya boleh mengurangkan risiko batu karang!

Mereka terus mengkaji para pesakit itu selama 14 tahun dan sekali lagi mendapati bahawa makanan yang kaya dengan kalsium berjaya melindungi mereka daripada batu karang, meskipun kesan perlindungan itu hanya terbukti dalam kalangan lelaki yang berusia bawah 60 tahun.

Menurut laporan New York Times, diet yang kaya dengan magnesium, kalium dan cecair juga didapati menawarkan perlindungan.

Pada 2005 pula, para doktor tersebut memperluaskan analisis mereka bagi melibatkan lebih 240,000 pesakit. Mereka mendapati bahawa kegemukan dan kenaikan berat badan, terutamanya bagi wanita, meningkatkan risiko pembentukan batu karang.

(Gambar: @balance_101_nutrition/Instagram)

(Gambar: @balance_101_nutrition/Instagram)

Ini merangsang mereka untuk mengkaji diet DASH - iaitu diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, produk tenusu yang kurang lemak dan bijiran; serta kurang dari segi pengambilan garam, minuman manis serta daging merah dan daging proses. Para doktor Harvard mendapati bahawa diet DASH, yang disokong oleh Persatuan Jantung Amerika dan Institut Kesihatan Kebangsaan, berjaya mengurangkan risiko batu karang.

Berikut adalah saranan-saranan yang mungkin anda boleh amalkan:

  • Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air setiap hari
  • Kurangkan pengambilan garam kepada 2,300 miligram setiap hari 
  • Makan 1,000 sehingga 1,200 miligram kalsium setiap hari

Laporan New York Times turut menarik perhatian mengenai salah tanggap tentang air. Air bukan sahaja sejenis cecair yang boleh melindungi anda daripada batu karang. Malah, kopi, teh dan jus limau semuanya boleh memberikan perlindungan yang serupa. Soda dan minuman manis, bagaimanapun, meningkatkan risiko batu karang.

Akhir sekali, jangan lupa untuk berbincang dengan doktor anda. Beliaulah yang boleh memberikan saranan-saranan tertentu berdasarkan komposisi kimia batu karang.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan