Images
  • Xperience DMC (4)
    (Gambar-gambar: Xperience DMC)

Derma baucar SingapoRediscover anda untuk kanak-kanak kurang bernasib baik

SINGAPURA: Tinggal lagi empat bulan sebelum tarikh luput bagi kegunaan baucar-baucar SingaporeRediscover.

Jika anda masih belum menggunakannnya, ini ada peluang untuk anda mendermakannya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik daripada tiga rumah tumpangan setempat.

Ini termasuk kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, Chen Su Lan Methodist Children's Home dan Children's Aid Society - Melrose Home.


Derma anda akan disalurkan kepada inisiatif Donate-an-Xperience: Fascinating World of Aviation PLUS Exclusive Hangar Tour (Derma-Pengalaman): Teroka Dunia Menarik Penerbangan dan Jelajah Eksklusif Tempat Simpan Pesawat.


Ini membolehkan kanak-kanak tersebut meneroka tempat-tempat yang jarang dikunjungi orang awam di sekitar Seletar - dari rumah-rumah hitam putih yang sebelum ini merupakan tempat tinggal kakitangan Angkatan Tentera Udara Diraja British, kawasan alam semula jadi di sebuah taman perindustrian hingga ke tiang-tiang lampu dari zaman jajahan yang berbentuk seperti leher angsa serta tempat-tempat perhentian bas yang diilhamkan daripada reka bentuk pesawat.


Kemuncak kegiatan itu adalah lawatan eksklusif ke tempat simpan pesawat privet dengan pemandangan luas landasan Lapangan Terbang Seletar.

Inisiatif itu dijalankan oleh syarikat Xperience DMC, iaitu sebuah agensi pelancongan berlesen di Singapura.

Pihaknya sudahpun mendapatkan kebenaran untuk memperkenalkan inisiatif mendermakan baucar SingapoRediscover kepada kanak-kanak di ketiga-tiga rumah tumpangan tersebut.

Sebanyak 181 baucar bernilai S$80 setiap satu diperlukan untuk kesemua penghuni rumah-rumah tumpangan tersebut.

Untuk mendermakan baucar SingapoRediscover bagi tujuan murni itu, anda boleh melakukannya menerusi laman Klook


Sebelum ini, satu inisiatif masyarakat, ItsRainingRaincoats (IRR), mengajak anggota masyarakat yang lain untuk mendermakan baucar mereka kepada para pekerja asing supaya mereka dapat menaiki Singapore Flyer.

Hasil derma masyarakat setempat, seramai 6,000 pekerja asing dapat menaiki Singapore Flyer dan bagi kebanyakan daripada mereka ia adalah lawatan kali pertama.

Daripada inisiatif tersebut, syarikat Xperience DMC terdorong untuk memulakan usaha serupa, dengan mengajak anggota masyarakat mendermakan baucar mereka kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

"Kami berasa bahawa ia adalah idea yang baik dan sudah mendapat kebenaran untuk melakukan perkara sama tetapi inisiatif kami akan dimanfaatkan oleh kanak-kanak kurang bernasib baik kerana mereka tidak mendapat baucar itu mahupun ada anggota keluarga yang boleh menemani mereka untuk melakukan lawatan wisata itu," menurut Xperience DMC dalam kenyataan medianya.

Kesemua tiga rumah tumpangan itu sudahpun dimaklumkan mengenai inisiatif tersebut dan berasa ghairah diberi peluang untuk melakukan lawatan wisata semasa cuti sekolah bulan Mac atau Jun nanti. 

LAPORAN LAIN:

- BERITAmediacorp/nk

Top