Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Demi kesihatan kucing dan anda, elak biasakannya di luar: Kajian

Satu perbahasan berterusan dalam kalangan pencinta kucing akhirnya ditamatkan: Haiwan ini lebih selamat berada di dalam rumah, kata para saintis pada Rabu (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Demi kesihatan kucing dan anda, elak biasakannya di luar: Kajian

Bayang seekor kucing (Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 12:54PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 01:00PM

PARIS: Satu perbahasan berterusan dalam kalangan pencinta kucing akhirnya ditamatkan: Haiwan ini lebih selamat berada di dalam rumah, kata para saintis pada Rabu (17 Apr).

Lebih tepat lagi, kucing peliharaan yang dibenarkan ke luar rumah hampir tiga kali ganda berisiko dijangkiti patogen atau parasit berbanding kucing yang disimpan di dalam rumah, menurut laporan para saintis dalam Royal Society Journal Biology Letters.

Para pengarang laporan itu turut memberi peringatan bahawa sebahagian penyakit kucing boleh dijangkiti manusia.

Lebih menarik lagi, kajian mendapati bahawa kucing yang tinggal lebih jauh dari garisan khatulistiwa lebih berisiko dijangkiti penyakit atau virus bila di luar rumah.

"Setiap titik mutlak (dari khatulistiwa) meningkatkan risiko jangkitan sebanyak empat peratus," menurut pengarang utama Kayleigh Chalkowski, seorang penyelidik di Sekolah Sains Perhutanan dan Kehidupan Liar di Universiti Auburn di Alabama.

Kajian terbaru ini memantau 19 jenis patogen kucing di belasan negara termasuk Sepanyol, Kanada, Australia, Switzerland, Jerman, Pakistan, Brazil, Belanda dan St Kitts.

"Ini pertama kali akses ke luar rumah sebagai faktor risiko jangkitan di kalangan kucing diukur brebanding lokasi geografi dan jenis patogen yang pelbagai," tambah Cik Chalkowski.

Pendek kata, menurut Cik Chalkowski: "Natijahnya, tidak kira di mana anda berada di dunia ini, menyimpan kucing di rumah adalah cara baik untuk memastikan mereka sihat dan bebas penyakit berjangkit".

Tambah beliau, ini satu nasihat baik memandangkan "banyak patogen yang dibawa kucing boleh menjangkiti manusia".

Dianggarkan terdapat 90 juta kucing peliharaan di Amerika Syarikat, dan sekitar 500 juta merata dunia.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan