Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Daya tarikan, taman tema M'sia jangka permintaan tinggi, ramai pengunjung apabila dibuka semula

Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MAATFA) menjangkakan taman tema di Malaysia akan kembali meriah apabila dibuka semula setelah terdapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Daya tarikan, taman tema M'sia jangka permintaan tinggi, ramai pengunjung apabila dibuka semula

Para pengunjung menaiki kereta kabel di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, yang dibuka semula kepada orang ramai di Georga Town pada 16 Jun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Jun 2020 07:37AM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 07:42AM

GEORGE TOWN: Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MAATFA) menjangkakan taman tema di Malaysia akan kembali meriah apabila dibuka semula setelah terdapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut.

Presiden MAATFA Richard Koh berkata pembukaan semula Taman Tema Disneyland Shanghai sebagai contoh, berjaya menarik sehingga 5,000 pengunjung setiap hari, serta pembukaan taman tema berkenaan di Hong Kong pada 18 Jun ini.

"Tarikan lain, seperti Bukit Bendera, juga telah berjaya menarik ramai pengunjung sejak dibuka semula, sangat menggembirakan untuk melihatnya (taman tema juga berjaya)," katanya di sidang media di Escape Penang Theme Park di Teluk Bahang pada Selasa (16 Jun).

Beliau berkata rakyat Malaysia pastinya ingin keluar dan menikmati alam sekitar, terutama setelah tinggal di rumah selama berbulan-bulan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak COVID-19.

Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan membenarkan pembukaan semula semua taman tema dan tarikan di seluruh negara tidak lama lagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.

Awal dari itu, Encik Koh dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Escape Penang, Sim Choo Kheng mengunjungi taman tema berkenaanyang dibuka semula semalam.

Encik Sim menekankan bahawa hanya tarikan bertema alam di taman itu, "AdventurePlay" yang dibuka manakala "Waterplay", tarikan berasaskan air yang merangkumi gelongsor air terpanjang di dunia, masih ditutup untuk umum.

Beliau berkata pembukaan semula taman tema itu dengan syarat mematuhi SOP, termasuk memberi sarung tangan kepada pengunjung, melakukan penjarakan sosial dan membasmi kuman di semua kemudahan taman tema.

"Kita juga menghadkan jumlah pengunjung kepada hanya 1,000 sehari (berbanding kira-kira 3,000 setiap hari sebelum PKP," katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan