Images

Daya kreatif ubah ruang kosong di tengah COVID-19

SINGAPURA: Memanfaatkan ruang-ruang seperti tempat letak kereta dan mengubahnya menjadi litar go-kart dan pameran seni.

Itulah yang dilakukan sebilangan peniaga di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Litar go-kart tertutup Singapura yang pertama ini adalah gabungan idea syarikat KF1 dan Resorts World Sentosa.

Mulai hari ini (2 Apr) hingga akhir bulan Jun, peminat go-kart berpeluang berlumba di trek 550 meter dengan 23 selekoh.

Namun, hanya mereka dengan ketinggian lebih 1.4 meter sahaja yang dibenarkan memandu.

Sejak tiga bulan lalu, tempat letak kereta di tingkat enam bangunan Pusat Kebudayaan Cina Singapura juga diubah kepada sebuah pameran seni pandu lalu yang pertama di Asia.

Para pengunjung berpeluang menikmati karya-karya seni 3D serta mural realiti maya dari dalam kenderaan mereka.

Pameran penuh yang turut menampilkan lukisan-lukisan di luar tempat letak kereta menarik 8,800 orang dengan lebih 800 melaluinya dengan memandu lalu.

Dalam perhentian seterusnya, Moo Moo Park akan bergerak ke Funan Mall dan Chinatown Point.

- CNA/SY/SU/tq

Top