Images
  • subaru

Daftar diri bagi cabaran kereta Subaru Mediacorp

SINGAPURA: Tahun ini merupakan edisi ke-18 cabaran kereta Subaru Mediacorp diadakan, salah satu daripada pertandingan terbesar dan paling mencabar di Asia. Acara yang kini digelar cabaran 'Tapak Tangan Terakhir' kereta Subaru Mediacorp bakal diadakan di Ngee Ann City Civic Plaza pada 2 Nov.

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah pertandingan tersebut, para peserta boleh mendaftar diri dalam satu pameran bergerak pada Sabtu (31 Ogos) di Cathay Cineleisure dari pukul 12.00 tengah hari sehingga 8.00 malam.

Para pengunjung juga boleh mencuba cabaran daya tahan selama 18 minit untuk mengalami sendiri bagaimana payahnya pertandingan itu. Setelah acara tersebut, butiran lanjut akan dikongsi bagi membolehkan orang ramai berdaftar online bagi mengisi sebarang tempat kosong yang masih ada.

Cabaran Amal Mediacorp juga akan kembali diadakan tahun ini untuk mengumpul dana bagi acara amal "President's Star Charity" bagi menyokong acara tahunan Cabaran Presiden.

Antara artis-artis yang bakal mengambil bahagian termasuk Sheila Sim, Ya Hui, He Ying Ying, Denise Camilla Tan, Joel Choo, Nick Teo, Jarrell Huang and Ke Le.

Pemenangnya - individu terakhir yang masih meletakkan tapak tangan di kereta - akan menerima kereta Subaru XV 2.0i-S EyeSight bernilai S$76,800, tanpa Sijil Hak Milik (COE).

Sijil COE akan diberikan kepada pemenang sekiranya beliau memecahkan rekod lebih 82 jam dan 16 minit, yang dicatatkan pada 2014.  

- CNA/NA/na

Top