Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cuti cukai M'sia hampir tamat, warga S'pura 'sambut Raya' di pusat-pusat beli-belah JB

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menikmati cuti cukai tiga bulan, malah warga Singapura juga mengambil kesempatan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sifar untuk membeli-belah di seberang Selat Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuti cukai M'sia hampir tamat, warga S'pura 'sambut Raya' di pusat-pusat beli-belah JB

Gambar fail. (Gambar: Ernest Chua/TODAY)

Diterbitkan : 23 Aug 2018 11:37AM Dikemas Kini : 23 Aug 2018 11:39AM

JOHOR BARU: Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menikmati cuti cukai tiga bulan, malah warga Singapura juga mengambil kesempatan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sifar untuk membeli-belah di seberang Selat Johor.

Hari Raya Haji semalam (22 Ogos) adalah cuti umum di Malaysia dan Singapura. Lantaran itu ramai warga Singapura menyeberang Koswe untuk berbelanja dan memanfaatkan cuti cukai yang bakal berakhir pada 31 Ogos.

Menurut laporan The Star, antara kompleks beli-belah yang menyaksikan kerancakan aktiviti penjualan adalah Johor Baru City Square, Komtar JBCC, KSL City, Plaza Pelangi, AEON Bukit Indah dan AEON Tebrau.

Johor Premium Outlets (JPO) di Kulai juga menarik ramai orang dengan potongan harga bagi barangan berjenama luar musim seperti pakaian, kasut, beg tangan dan jam tangan.

Antara pembeli ialah ahli perniagaan, Teo Zhang Wei, 41 tahun, yang berkata nilai mata wang ringgit yang lemah dan cuti cukai menarik ramai warga Singapura berbelanja di situ.

"Johor Baru kekal destinasi pilihan untuk warga Singapura kerana harga di sini jauh lebih rendah dari di Singapura.

"Selain membeli-belah, saya dan isteri juga menikmati masa di sini untuk berehat dan pergi ke spa," katanya kepada The Star.

Suri rumah Janice Teng, 52 tahun, berkata beliau pergi ke tempat-tempat seperti JPO untuk membeli-belah awal untuk Krismas.

"Krismas mungkin empat bulan lagi tetapi dengan tempoh bebas cukai di Malaysia Krismas seperti tiba lebih awal untuk saya.

"Saya membeli hadiah Krismas untuk mengelakkan berbelanja saat-saat akhir di Singapura bila harganya mahal," kongsi Cik Teng bersama The Star.

Juruteknik Abu Bakar Salim, 49 tahun, yang melawat sanak saudaranya sempena Hari Raya Aidiladha, juga sempat membeli-belah sebelum cuti cukai berakhir.

"Saya berbelanja di pasar dan kompleks membeli-belah di sini," katanya.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan