Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cuba 5 minuman ini untuk ginjal lebih sihat

Buah pinggang atau ginjal adalah organ penting tubuh yang berfungsi menapis darah dan membuang toksik daripada dalam badan manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuba 5 minuman ini untuk ginjal lebih sihat

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 29 Feb 2020 11:25PM Dikemas Kini : 29 Feb 2020 11:39PM

KUALA LUMPUR: Buah pinggang atau ginjal adalah organ penting tubuh yang berfungsi menapis darah dan membuang toksik daripada dalam badan manusia.

Maka itu, adalah sangat penting bagi kita menjaga kesihatan ginjal demi memastikan ia dapat mengeluarkan toksik dengan berkesan daripada tubuh.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis minuman yang dapat membantu membersihkan selain menjaga fungsi ginjal agar ia kekal sihat serta tidak mudah dijangkiti dan membawa kepada keradangan.

Bahkan, bahan-bahan yang diperlukan untuk membancuh minuman-minuman ini mudah didapati.

Berikut adalah lima jenis minuman yang dapat menjaga kesihatan buah pinggang anda, seperti dikongsi dalam satu artikel oleh mStar:

1. Air rebusan halia

(Gambar: Pixabay/gate74)

Air rebusan halia dapat menghilangkan radikal bebas dan mengurangkan peradangan ginjal, menurut kajian yang dilakukan oleh HHD Research.

Parutkan saja halia dan rendam di dalam air panas selama lima minit. Kemudian tambahkan madu sebagai pengganti gula.

2. Jus lemon

Gambar hiasan.

Selain dapat membersihkan lemak dan hati, jus lemon juga dapat membersihkan ginjal. Kandungan asid sitrik dalam lemon dapat membersihkan sisa-sisa kalsium pada buah pinggang.

Kalsium yang membentuk itu boleh menjadi bahaya kerana ia adalah permulaan kepada masalah batu karang.

Hanya perahkan lemon dan campurkan dengan air sejuk sebelum diminum.

3. Air rebusan kunyit

Kunyit mengandungi antioksidan yang dapat melawan inflamasi. Kajian menunjukkan ia dapat menghentikan peradangan terhadap penyakit berkaitan buah pinggang kronik.

Ia juga menurunkan tekanan darah yang menjadi penyebab atau faktor risiko penyakit gingal.

Untuk menambahkan keenakan kepada air rebusan kunyit, anda juga boleh perahkan lemon atau limau.

4. Air rebusan daun jelatang

Daun jelatang terkenal sebagai ubat herba yang mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk buah pinggang. Menurut kajian oleh Health Line, daun jelatang mengandungi kebaikan bagi mengurangkan masalah keradangan.

Antioksidan dalam daun jelatang juga dapat melindungi ginjal daripada radikal bebas.

Rebus daun jelatang dan minum airnya.

5. Teh dandelion

(Gambar: Unsplash)

Bunga dandelion kaya dengan vitamin A, B kompleks, C dan D serta zat besi dan zink. Teh dandelion bersifat diuretik yang dapat membuatkan ginjal berfungsi lebih baik ketika membuang toksik daripada badan.

Ia juga menggantikan kalium yang hilang di dalam air kencing. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan