Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cuaca panas tapi rasa sejuk sampai menggigil! Awas anda mungkin ada 5 masalah kesihatan ini

Pernahkah anda tiba-tiba rasa sejuk sampai menggigil meskipun cuaca panas terik? 

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca panas tapi rasa sejuk sampai menggigil! Awas anda mungkin ada 5 masalah kesihatan ini

(Gambar hiasan: Pexels)

Diterbitkan : 04 Jan 2020 09:53PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 12:36AM

KUALA LUMPUR: Pernahkah anda tiba-tiba rasa sejuk sampai menggigil meskipun cuaca panas terik? Ia memang pelik dan biasanya perkara ini berlaku disebabkan badan anda cuba memberitahu sesuatu.

Ada lima sebab yang boleh menjelaskan situasi tersebut termasuklah;

1. Penurunan berat badan

Jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan, ia adalah salah satu sebab mengapa anda mudah berasa sejuk.

Ini kerana anda mula kehilangan lemak dalam badan yang menjaga suhu badan anda sebelum ini terutamanya yang melakukan diet rendah kalori.

Metabolisme dalam badan akan mengambil masa untuk menyesuaikan keadaan baru dan mengatur semula suhu badan anda.

2. Anemia

Anemia atau kekurangan sel darah merah yang sihat dalam tubuh juga antara alasan kepada masalah tersebut.

Mana tidaknya, sel darah merah bertanggungjawab untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan dan jika anda tidak dapat cukup bekalan darah, maka badan akan rasa sejuk.

Keadaan ini terjadi kerana tubuh tidak mendapat zat besi mencukupi untuk membuatkan sel-sel darah merah disalurkan secukupnya ke seluruh badan.

3. Hipotiroid

Hipotiroid adalah keadaan di mana tubuh anda tidak menghasilkan hormon tiroid dalam jumlah yang mencukupi.

Hormon ini penting kerana ia bertanggungjawab dalam mengatur metabolisme tubuh. Kekurangan hormon tiroid akan menyebabkan tubuh sukar untuk mengatur suhu dalaman dan anda akan berasa lebih sejuk.

Gejala untuk mengetahui sama ada anda mengalami hipotiroid adalah menjadi pelupa, kemurungan, kulit kering, cepat penat dan penambahan berat badan mendadak.

4. Penyakit Raynaud

Penyakit Raynaud adalah kelainan yang menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit ketika suhu sekitar lebih rendah dan badan menjadi lebih sejuk.

Dalam kes yang teruk, kaki dan tangan seseorang bertukar menjadi biru atau mati akibat tiada aliran darah. Cuaca bukan satu-satunya penyebab keadaan ini sebaliknya tekanan boleh menyebabkan penyakit Raynaud.

Meskipun ada ubat untuk merawat penyakit ini namun perubahan gaya hidup adalah kunci pemulihan paling berkesan.

5. Mengantuk

Kurang tidur bukan sahaja dapat mengganggu aktiviti dan produktiviti anda tetapi menyebabkan badan anda berasa lebih sejuk.

Jika anda merasa sejuk sepanjang masa dan menguap tidak henti-henti, cuba luangkan lebih masa untuk tidur.

Sumber : Agensi berita/NA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan