Images
  • tiger
    (Gambar-gambar: Reuters/Soe Zeya Tun)

Cuaca makin panas, harimau diberi makan 'popsicle' ayam di taman haiwan Thailand

THAILAND: Harimau diberi makan 'popsicle' ayam beku dan diumpan untuk berenang-renang di sebuah kolam di taman haiwan Thailand pada Khamis (1 Apr) sedang suhu semakin panas.

Sekitar 50 harimau tinggal di taman haiwan Tiger Kingdom di Chiang Mai, 700 kilometer dari utara Bangkok, menurut Patchara Chanted, pengendali harimau di sana.

"Harimau-harimau itu akan menyimpan tenaga pada siang hari dengan berbaring atau tidak terlalu banyak bergerak," kata Patchara.

"Tetapi jika cuaca terlalu panas untuk harimau-harimau itu, ia mula tercungap-cungap seperti kucing atau anjing untuk mengelak terkena strok haba."

"Kami menyediakan kegiatan dalam kolam atau memberi mainan untuk membantu harimau menyejukkan badan."

Dua harimau dilihat bermain dalam kolam, melompat untuk menepis dedaunan yang dipegang oleh penjaga mereka.


Dua kali sehari dalam musim panas, harimau-harimau itu diberi makan ayam yang sudah dibekukan dalam buku-buku ais.

Musim panas Thailand bermula pada hujung Februari dan suhunya dijangka naik setinggi 35 darjah Celsius.

- Reuters/NK/nk

Top