Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

COVID-19: Individu darah jenis A lebih mudah dijangkiti?

Satu kajian awal membabitkan pesakit di China yang dijangkiti virus korona COVID-19 mendapati individu yang mempunyai darah jenis A dipercayai lebih mudah terdedah kepada virus itu, berbanding mereka yang berdarah O.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Individu darah jenis A lebih mudah dijangkiti?

(Gambar hiasan: Pexels)

Diterbitkan : 18 Mar 2020 11:09PM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 02:40AM

BEIJING: Satu kajian awal membabitkan pesakit di China yang dijangkiti virus korona COVID-19 mendapati individu yang mempunyai darah jenis A dipercayai lebih mudah terdedah kepada virus itu, berbanding mereka yang berdarah O.

Para pengkaji perubatan di China mengambil contoh darah lebih 2,000 pesakit yang dijangkiti COVID-19 di Wuhan dan Shenzhen, sebelum membandingkannya dengan penduduk yang sihat.

Hasil kajian mendapati, pesakit yang mempunyai darah jenis A menunjukkan kadar jangkitan lebih tinggi dan cenderung untuk mengalami gejala yang lebih teruk.

Meskipun baru di peringkat awal, pasukan yang diketuai Wang Xinghuan, menggesa pemerintah dan kemudahan perubatan supaya mengambil kira jenis darah yang berbeza semasa melakarkan langkah-langkah menangani atau merawat
penyakit itu.

"Pesakit dalam kumpulan darah A mungkin perlu meningkatkan daya tahan tubuh bagi mengurangkan risiko dijangkiti," menurut Wang di Pusat Perubatan yang berpangkalan, di Wuhan, China.

Hasil kajian yang diterbitkan di Medrxiv.org itu juga mendapati
206 pesakit yang meninggal dunia akibat virus itu di Wuhan, 85 pesakit adalah daripada kumpulan darah jenis A atau 63 peratus  lebih berbanding 52 pesakit berdarah O.

Bagaimanapun, saintis itu akur lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Setakat ini, lebih 196,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 7,800 kematian berkaitan virus itu.  

Sumber : Agensi berita/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan