Images

Courts buka cawangan barunya jelang suku pertama 2022, di The Heeren

SINGAPURA: Syarikat elektronik dan perabot gergasi Courts akan membuka cawangan barunya menjelang suku pertama 2022, di bangunan The Heeren.

Ia akan mengambil alih kesemua enam tingkat yang baru-baru ini dikosongkan gedung Robinsons, sebesar 17,6500 meter persegi.

Papan tanda nama Robinsons sudahpun ditanggalkan selepas perniagaan itu gulung tikar bulan lepas.

Kerja-kerja ubah elok bagi Courts akan bermula tidak lama lagi, dan kedai utama Courts itu 40 peratus lebih besar daripada kedai utamanya sekarang di Tampines.

Jualan runcit bagi 2020 menunjukkan sektor perabot, elektronik dan barang runcit masih di tahap yang baik meskipun industri runcit masih merosot secara keseluruhannya.  

- CNA/HK/na

Top