Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cold Stone Creamery tutup semua cawangan di S’pura; tawar diskaun aiskrim

Syarikat Cold Stone Creamery akan menutup kesemua cawangannya di Singapura pada 31 Jan setelah 10 tahun beroperasi. Ia kini menawarkan potongan harga bagi aiskrim sebagai penghargaan kepada para pelanggannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Cold Stone Creamery tutup semua cawangan di S’pura; tawar diskaun aiskrim

(Gambar: Cold Stone Creamery Singapore)

Diterbitkan : 04 Jan 2020 10:12AM Dikemas Kini : 04 Jan 2020 10:15AM

SINGAPURA: Syarikat Cold Stone Creamery akan menutup kesemua cawangannya di Singapura pada 31 Jan setelah 10 tahun beroperasi. Ia kini menawarkan potongan harga bagi aiskrim sebagai penghargaan kepada para pelanggannya.

Rangkaian aiskrim itu terkenal dengan kaedah "melipat" bahan-bahan hiasan pilihan ke dalam aiskrim di atas batu granit sejuk.

Mulai Jumaat (3 Jan) hingga 31 Jan, para pelanggan boleh membeli sehingga lima perisa aiskrim paling popular Cold Stone Creamery bersaiz 'Like it' empat auns pada harga S$5 setiap satu, berbanding harga biasa S$6.50.

Kelima-lima perisa itu adalah Banana Caramel Crunch, Strawberry Banana Rendezvous, Birthday Cake Remix, Chocolate Devotion dan Oreo Overload.

Para pelanggan juga berpeluang membawa pulang beg pendingin edisi terhad dengan setiap pembelian dua cawan aiskrim mana-mana saiz, selagi stok masih ada.

Cold Stone Creamery mempunyai tiga cawangan iaitu di VivoCity, Waterway Point dan Hill V2.

Rangkaian itu bagaimanapun akan meneruskan operasi di negara-negara lain seperti di Jepun, Korea Selatan, China dan Amiriah Arab Bersatu.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan