Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ciri, fungsi pada Samsung Galaxy Z Fold2 sasar tingkatkan daya penghasilan pengguna

Telefon bijak Samsung Galaxy Z Fold2 mampu membawa pengalaman, ciri dan fungsi pengguna yang inovatif lantas, membolehkan pengguna menjimatkan masa, tenaga serta kekal berdaya hasil seperti menghadiri mesyuarat online, membalas emel selain menyunting dokumen di mana sahaja mereka berada.

Anggaran Waktu Membaca:
Ciri, fungsi pada Samsung Galaxy Z Fold2 sasar tingkatkan daya penghasilan pengguna

(Petikan skrin: Laman Samsung)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 11:26PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 11:30PM

KUALA LUMPUR: Telefon bijak Samsung Galaxy Z Fold2 mampu membawa pengalaman, ciri dan fungsi pengguna yang inovatif lantas, membolehkan pengguna menjimatkan masa, tenaga serta kekal berdaya hasil seperti menghadiri mesyuarat online, membalas emel selain menyunting dokumen di mana sahaja mereka berada.

Dengan Dulang Berbilang Tetingkap yang dipertingkatkan, tugasan berbilang akan lebih mudah diakses manakala ciri ‘Drag and Drop’ akan membolehkan kandungan dibuka dengan cepat antara aplikasi pada skrin penutup atau utama tanpa kerumitan penukaran perisian. 

''Dengan antara muka aplikasi seperti komputer peribadi (PC), kebanyakan aplikasi produktiviti kegemaran anda kini dioptimumkan sepenuhnya pada Galaxy Z Fold2,'' menurut Samsung dalam satu kenyataan. 

Menerusi kamera utama Galaxy Z Fold2, pengguna boleh mengambil gambar sepanjang hari termasuk pada waktu malam dan cahaya rendah dengan kemudahan Mod Malam yang akan memberikan foto yang jelas disebabkan kecanggihan sensor imej kamera dengan piksel lebih besar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, anda boleh lungsuri lelaman https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold2/, https://news.samsung.com/my/.

Sumber : Bernama/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan