Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Ciri baru Facebook beritahu pengguna jika gambar mereka dimuat naik tanpa ‘tagging’

Facebook menambah satu lagi ciri baru bagi para pengguna mendapatkan pemberitahuan apabila gambar mereka dimuat naik dalam rangkaian media sosial itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ciri baru Facebook beritahu pengguna jika gambar mereka dimuat naik tanpa ‘tagging’

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 20 Dec 2017 11:00AM Dikemas Kini : 20 Dec 2017 11:04AM

SAN FRANCISCO: Facebook menambah satu lagi ciri baru bagi para pengguna mendapatkan pemberitahuan apabila gambar mereka dimuat naik dalam rangkaian media sosial itu.

Para pengguna kini akan dimaklumkan apabila gambar mereka dimuat naik dalam rangkaian media sosial tersebut, menurut pengarah pembelajaran mesin gunaan Joaquin Quinonero Candela semalam (19 Dis).

“Sekiranya anda dalam gambar dan merupakan antara orang yang ditujukan dalam catatan itu, kami akan memaklumkan anda meskipun anda tidak ‘ditag’,” kata Encik Candela dalam satu catatan blog.

Para pengguna Facebook boleh tag diri mereka dalam gambar-gambar yang dimuat naik di rangkaian sosial itu ataupun menyuarakan keprihatinan tentang gambar-gambar tersebut kepada pengguna yang memuat naiknya, demikian didedahkan Encik Candela lagi.

Facebook merancang untuk memperkenalkan teknologi pengecaman wajah bagi gambar profil supaya dapat mencegah seseorang daripada menyamar sebagai pengguna lain di rangkaian sosial itu.

Syarikat yang berpangkalan di California itu juga sedang berusaha memanfaatkan teknologi tersebut untuk memberi lebih banyak maklumat kepada para pengguna Facebook yang kurang daya penglihatan.

Ciri terbaru itu akan dilancarkan di Facebook di semua negara kecuali Kanada dan Kesatuan Eropah di mana teknologi pengecaman wajah tidak digunakan, menurut Encik Candela. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan