Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Circles.Life tawar pelan telefon bimbit berharga S$5 sahaja!

Di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri telko, pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) Circles.Life pada Khamis (5 Sep) melancarkan pelan data S$5 bagi mereka yang tidak banyak menggunakan khidmat data.

Anggaran Waktu Membaca:
Circles.Life tawar pelan telefon bimbit berharga S$5 sahaja!

Circles.Life merupakan syraikat telekomunikasi terbaru untuk menawarkan khidmat telekomunikasi kepada para pengguna di Singapura. (Gambar: Circles.Life)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 01:16AM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 01:19AM

SINGAPURA: Di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri telko, pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) Circles.Life pada Khamis (5 Sep) melancarkan pelan data S$5 bagi mereka yang tidak banyak menggunakan khidmat data.

Di bawah pelan itu, pengguna boleh menggunakan data sebanyak 2GB, mendapatkan khidmat panggilan selama 50 minit dan mengirim 25 mesej sebulan.

Circles.Life menyatakan pelan S$5 itu bertujuan "memenuhi keperluan 20 peratus pelanggan dalam pasaran yang menggunakan 2GB data sebulan" - iaitu mereka yang memerlukan pelan asas (basic) untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga mereka.

Mereka yang mendaftar bagi pelan tersebut dan memerlukan lebih banyak data boleh memilih untuk membayar tambahan S$8 bagi 1GB dan S$12 bagi 2GB. Mereka yang ingin tambahan 200 minit bagi panggilan telefon pula perlu menokok S$5 manakala tambahan S$10 akan dikenakan bagi mereka yang ingin menikmati panggilan masuk percuma.

Ketua Pemasaran Circles.Life Delbert Ty berkata: "Sepanjang tiga tahun lalu, kami mengubah purata penggunaan data dari 4GB kepada 12GB sebulan menerusi pelan dasar kami. Walaupun ini memenuhi keperluan para pelanggan yang menggunakan banyak data, ada juga yang ingin menikmati pengalaman baik tetapi tidak memerlukan banyak data."

Syarikat-syarikat telko bersaing hebat dengan menawarkan pakej-pakej pada harga menarik sejak MVNO mula menembusi pasaran tersebut sekitar tiga tahun lalu.

Margin kecil struktur kos dan model runcit digital membolehkan MVNO menawarkan pelan-pelan pada harga rendah, menjadikan persaingan lebih sengit dalam pasaran telko. Syarikat telko lebih besar pula menawarkan pelan serupa untuk kekal berdaya saing.  

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan