Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

CD Projekt berhasil jual lebih 13 juta salinan Cyberpunk 2077

Pembuat permainan video dari Poland, CD Projekt SA pada Selasa (22 Dis) mengumumkan bahawa ia berhasil menjual lebih 13 juta salinan permainan Cyberpunk 2077 setakat sehingga 20 Dis.

Anggaran Waktu Membaca:
CD Projekt berhasil jual lebih 13 juta salinan Cyberpunk 2077

(Gambar: REUTERS/Peter Pawlowski)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 11:16PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 11:21PM

REUTERS: Pembuat permainan video dari Poland, CD Projekt SA pada Selasa (22 Dis) mengumumkan bahawa ia berhasil menjual lebih 13 juta salinan permainan Cyberpunk 2077 setakat sehingga 20 Dis setelah mengambil kira bayaran balik yang diminta oleh para pemain yang mengadu permainan itu mengandungi banyak pepijat komputer.

"Perangkaan ini ini mewakili anggaran jumlah jualan runcit di semua platform perkakasan (mengambil kira pulangan yang dihantar oleh pelanggan runcit di kedai fizikal dan digital)," umum CD Projekt.

Syarikat itu bagaimanapun tidak memberikan ramalan penjualan dan tidak pula mendedahkan berapa banyak permintaan yang diterima bagi bayaran balik yang diminta daripada para pelanggan.

Perangkaan 13 juta itu lebih rendah daripada jangkaan pasaran sekitar 16.4 juta, kata penganalisis Piotr Bogusz di broker mBank.

Permainan tersebut dilancarkan pada 10 Dis dan mengalami pelbagai kesulitan termasuk kemarahan para pemain berhubung isu teknikal sejurus selepas ia dilancarkan dan ini mendorong Sony Corp untuk menarik balik permainan itu dari PlayStation Store dan pembuat Xbox, Microsoft Corp pula, menawarkan bayaran balik.

Cyberpunk 2077 adalah sebuah permainan yang bermain peranan futuristik yang menampilkan bintang Hollywood Keanu Reeves dan dilihat ramai sebagai salah satu pelancaran terbesar bagi tahun ini.

Pelancaran permainan yang dibelenggu masalah itu, bagaimanapun, menyebabkan saham CD Projekt menjunam 40 peratus daripada paras rekod yang dicatatkan sebelum permainan itu dilancarkan.

Sumber : Reuters/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan