Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cawangan pertama gabungan 7-Eleven dan Coca-Cola kini dibuka di Raffles Place

Kedai serbaneka 7-Eleven bergabung dengan jenama minuman Coca-Cola bagi cawangan khas 7-Eleven X Coca-Cola di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan pertama gabungan 7-Eleven dan Coca-Cola kini dibuka di Raffles Place

Sebuah ruang di cawangan 7-Eleven X Coca-Cola. (Gambar: Coca Cola Singapura)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 05:24PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 05:29PM

SINGAPURA: Kedai serbaneka 7-Eleven bergabung dengan jenama minuman Coca-Cola bagi cawangan khas 7-Eleven X Coca-Cola di Singapura.

Terletak di House of Eden di 4 Robinson Road, Raffles Place, cawangan tersebut direka bentuk dengan warna merah menyerlah Coca-Cola. Berbanding cawangan-cawangan 7-Eleven yang lain, cawangan khas tersebut satu-satunya yang hanya dibuka dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

Sebaik sahaja anda memasuki cawangan dua tingkat itu, anda akan disambut oleh sebuah 'pokok percikan' gergasi Coca-Cola, serta Zon Nostalgia yang mempamerkan kotak-kotak kayu vintaj dan alat pendingin Coca-Cola.

(Gambar: Coca-Cola Singapura)

Tingkat satu cawangan itu adalah sebuah kawasan runcit di mana para pelanggan boleh mendapatkan barangan keperluan harian mereka, yang merangkumi pilihan hidangan siap dimakan dan makanan ringan.

Apabila anda menyusuri tangga khas Coca-Cola ke tingkat dua, anda akan mendapati kawasan-kawasan bertemakan Coca-Cola untuk pelanggan berehat.

(Gambar: Coca-Cola Singapura)

Malah ia juga berfungsi sebagai stesen mengecas bagi alat mudah alih peribadi anda!

Anda boleh berehat di 'beanbag' yang disediakan atau mengambil selfie di ruang bergambar dengan hiasan beruang kutub, botol Coca-Cola dan hiasan lampu unik bagi memberikan kesan silap mata.

(Gambar: Coca-Cola Singapura)

Mesin-mesin hadiah permainan turut disediakan dan anda berpeluang bermain permainan tersebut apabila anda berbelanja sekurang-kurangnya S$7 di kawasan runcit, termasuk pembelian produk-produk yang dilibatkan dalam promosi berkenaan.

(Gambar: Coca-Cola Singapura)

Bagi memastikan peraturan jarak selamat dipatuhi, maksimum 10 orang akan dibenarkan ke dalam cawangan itu pada satu-satu masa sepanjang tempoh ini.

Cawangan khas 7-Eleven X Coca-Cola terletak di House of Eden di 4 Robinson Road, Singapura 048543.

Ia dibuka setiap hari dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan