Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cawangan Apple Store terapung pertama di dunia buka pintu di Marina Bay Sands pada 10 Sep

Apabila cawangan Apple Store di Marina Bay Sands membuka pintunya kepada orang ramai pada Khamis (10 Sep), ia akan menjadi kedai Apple pertama di dunia yang dibina terapung atas air, dengan struktur bentuk kubah menawarkan pemandangan 360 darjah latar langit Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan Apple Store terapung pertama di dunia buka pintu di Marina Bay Sands pada 10 Sep

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 08 Sep 2020 07:39PM Dikemas Kini : 08 Sep 2020 07:49PM

SINGAPURA: Apabila cawangan Apple Store di Marina Bay Sands membuka pintunya kepada orang ramai pada Khamis (10 Sep), ia akan menjadi kedai Apple pertama di dunia yang dibina terapung atas air, dengan struktur bentuk kubah menawarkan pemandangan 360 darjah latar langit Singapura.

Kedai itu merupakan cawangan Apple Store ketiga di Singapura, setelah yang pertama dibuka di Orchard Road pada 2017 dan yang terbaru di Jewel Lapangan Terbang Changi. Struktur ikonik itu juga adalah cawangan Apple Store yang ke-512 di dunia.

Syarikat Apple membuat kehadiran pertamanya di Singapura menerusi pejabat korporatnya di Ang Mo Kio sekitar 40 tahun lalu. Pada tahun 1981, kumpulan itu bertanggungjawab menghasilkan sebilangan besar papan litar bercetak bagi komputer Apple II di seluruh dunia.

Cawangan Apple di Marina Bay Sands akan mempunyai 148 kakitangan yang dapat bertutur dalam lebih 23 bahasa.

Di tengah-tengah pandemik global pada masa ini, kedai setinggi tiga tingkat itu akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang ketat bagi kakitangan dan pengunjung.

Ini termasuk keperluan memakai pelitup, periksa suhu badan dan pastikan jarak selamat.

Pada hari pembukaannya Khamis ini, hanya mereka yang sudah mendaftar akan dibenarkan masuk.

Kunjungan tanpa pendaftaran terlebih dahulu hanya dibenarkan mulai Jumaat (11 Sep).

Para pelanggan boleh melungsuri laman https://www.apple.com/sg/retail/marinabaysands/ sebelum berkunjung ke kedai itu. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan