Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Carousel dibuka semula dengan hidangan bufet ala carte; potongan harga 20%

Restoran bufet popular Carousel yang terletak di Hotel Royal Plaza on Scotts akan dibuka semula pada 12 November.

Anggaran Waktu Membaca:
Carousel dibuka semula dengan hidangan bufet ala carte; potongan harga 20%

Antara hidangan bufet restoran Carousel. (Gambar: Carousel)

Diterbitkan : 02 Nov 2020 12:54PM Dikemas Kini : 02 Nov 2020 12:57PM

SINGAPURA: Restoran bufet popular Carousel yang terletak di Hotel Royal Plaza on Scotts akan dibuka semula pada 12 November.

Sejajar dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Fasa 2, menjamu selera di restoran berkenaan hanya boleh dilakukan dalam bentuk bufet ala carte.

Sungguhpun demikian, para tetamu masih boleh menikmati pelbagai hidangan yang disajikan oleh Carousel seperti makanan laut, hidangan Asia dan Mediterranean serta pencuci mulut.

Selain menikmati bufet secara ala carte (berasingan), para pelanggan juga boleh menjangkakan satu kelainan.

Pada hari menjamu selera, para pelanggan akan mernima kiriman teks yang memaklumkan nombor meja masing-masing.

Mesej itu perlu ditunjukkan kepada kakitangan restoran tersebut bagi mengurangkan sebarang kontak rapat di kaunter.

Ketibaan tetamu adalah berdasarkan jadual yang ditetapkan dan pelindung juga dipasang di bahagian dapur bagi mencegah sebarang pencemaran.

Sebaik saja mereka tiba di restoran, para pelanggan akan disajikan dengan hidangan alu-aluan sedang mereka membuat pesanan makanan melalui imbasan kod QR.

Semua hidangan akan dibawa terus ke meja pelanggan.

Tempahan kini boleh dibuat melalui laman rasmi Carousel dengan harga bufet ala carte bermula dari $75++ bagi orang dewasa dan $42 ++ bagi kanak-kanak.

Pembayaran tanpa tunai menjadi pilihan Carousel, dengan restoran itu menawarkan diskaun 20 peratus jika pembayaran dibuat menggunakan kad kredit atau PayNow.

Bagi mereka yang ingin menikmati jamuan Carousel di rumah pula, mereka boleh memesan set bento, hidangan keluarga, jamuan sempena perayaan dan pencuci mulut. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan