Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara pastikan pemakanan sihat jika suka mencemil

 Mereka yang bekerja di pejabat sehingga larut malam mungkin lebih kerap memakan cemil-cemilan untuk menghilangkan rasa ngantuk. 

Anggaran Waktu Membaca:
Cara pastikan pemakanan sihat jika suka mencemil

Gambar hiasan. (Gambar: merdeka.com)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 04:26PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 04:28PM

JAKARTA: Mereka yang bekerja di pejabat sehingga larut malam mungkin lebih kerap memakan cemil-cemilan untuk menghilangkan rasa ngantuk.

Tabiat begini boleh menjejas kesihatan sekiranya snek yang dipilih tidak sihat dan diambil secara berterusan.

Oleh itu, seseorang yang suka memakan snek harus memastikan cemilan yang diambil itu boleh memberinya tenaga yang diperlukan dan membuatnya berasa cergas tanpa memudaratkan kesihatannya pada jangka panjang.

Apalagi jika seseorang itu bekerja dalam industri kreatif dan memerlukan daya fikir inovatif, otak dan tubuhnya harus cerdas setiap saat.

Pakar jantung dan pembuluh darah Dr Vito A Damay menyarankan pengambilan snek yang sihat di tempat kerja.

"Saya selalu memastikan saya ada sebiji buah bersama. Buah-buah segar lebih bagus berbanding jus buah. Saya selalu mempunyai sebiji epal dalam kereta untuk mencemil," kata Dr Vito kepada Liputan.com.

Buah-buahan juga boleh dijadikan snek pilihan sihat di rumah. Ia juga dapat menghilangkan rasa lapar.

"Sebagai contoh, jika anda berada di rumah, anda boleh memotong buah mangga atau betik. Kemanisan daripada buah itu menghantar isyarat kepada otak dan membuat kita tidak merasa lapar," ujar Encik Vito.

Kalori Tidak Berlebihan

Mencemil buah-buahan segar lebih sihat dibanding biskut. Ini kerana kalori dalam buah-buahan secara alami tidak berlebihan.

Jika anda ingin mencemil roti tawar, sebaiknya pilih roti tawar gandum dengan mentega kacang.

"Bagaimanapun, pastikan anda makan sekeping roti saja untuk mencemil," jelas Dr Vito.
Dr Vito juga menyarankan untuk banyak minum air putih kerana ia boleh mengawal rasa lapar. Sebaliknya minuman kordial atau soda sebaik-baiknya dielakkan, katanya. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan