Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara ibu ini gunakan picagari keluarkan hingus anak tersumbat tarik perhatian

Memang tidak dapat dinafikan bahawa hidung tersumbat boleh menjejas kita dengan teruk. Biasanya, walau apapun anda lakukan, susah untuk menahan hingus yang meleleh sepanjang hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Cara ibu ini gunakan picagari keluarkan hingus anak tersumbat tarik perhatian

Petikan skrin.

Diterbitkan : 03 Dec 2017 01:55PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 03:02PM

Memang tidak dapat dinafikan bahawa hidung tersumbat boleh menjejas kita dengan teruk. Biasanya, walau apapun anda lakukan, susah untuk menahan hingus yang meleleh sepanjang hari.

Baru-baru ini, seorang ibu menunjukkan cara merawat hidung tersumbat. Ia menggelikan tetapi mungkin berkesan, memandangkan keceriaan di raut wajah anaknya selepas rawatan 'buatan sendiri' itu.

Video: Fun Zon3/Youtube.

Malah, video yang dimuat naik wanita itu menjadi viral dengan ramai pengguna Facebook menyumbang komen tentang caranya yang bukan konvensional itu, menurut The Sun.

Dalam video yang sudahpun ditonton lebih 25 juta kali itu, wanita tersebut menggunakan sebuah picagari untuk menyuntik air masin ke dalam lubang hidung anak perempuannya. Dengan serta-merta, hingus meleleh keluar daripada lubang hidung yang satu lagi.

The Sun melaporkan bahawa setiap kali beliau melakukan demikian, anak perempuan yang comel itu melihat ke kamera dan senyum. Pada satu ketika, dia mengatakan 'ahhh' menandakan kepuasannya kerana hidungnya tidak tersumbat lagi.

Rawatan buatan sendiri ini kelihatan berkesan tetapi adakah ia selamat?

Menurut Pusat WebMD dan Bayi dalam laporan The Independent pula, cara tersebut selamat selagi ia dilakukan dengan lembut dan seseorang itu hati-hati agar tidak menjejas lapisan yang tipis dalam bahagian dalam hidung.

Namun, ada pengguna yang menyatakan bahawa ia tidak selamat dan boleh menyebabkan pneumonia.

Sementara itu, ada pula yang tergila-gila dengan anak perempuan yang comel itu. Seorang pengguna berkata: "Ini adalah video yang paling comel tetapi juga yang paling meluat yang pernah saya tonton." 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan