Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger tanpa daging ini bukan jenaka April Fools

Adakah makanan segera yang menyihatkan? Di beberapa negara Barat, restoran-restoran makanan segera sedang mencuba menu baru untuk memenuhi keperluan golongan pelanggan yang tidak makan daging atau 'vegetarian'.

Anggaran Waktu Membaca:
Burger tanpa daging ini bukan jenaka April Fools

Burger tanpa daging ciptaan Impossible Foods (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 08:49PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 08:55PM

AMERIKA SYARIKAT: Adakah makanan segera yang menyihatkan?

Di beberapa negara Barat, restoran-restoran makanan segera sedang mencuba menu baru untuk memenuhi keperluan golongan pelanggan yang tidak makan daging atau 'vegetarian'.

Burger King menyediakan versi hidangan terkenal burger Whopper yang menggunakan sayur-sayuran untuk membuat 'daging' burger.

Dipanggil 'Impossible Whopper', ia terhasil daripada kerjasama baru antara rangkaian makanan segera berkenaan dengan syarikat pemula Impossible Foods dari Silicon Valley.

Program menyediakan burger tanpa daging dirintiskan di 59 cawangan Burger King di kawasan St Louis dekat bandar Missouri, Amerika Syarikat mulai Isnin (1 April).

Memandangkan pelancaran burger itu jatuh pada hari April's Fool, Burger King mengeluarkan satu video promosi yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi, menunjukkan persediaan Whopper 'daging' diperbuat daripada sayur-sayuran.

Ada pelanggan yang kagum dengan ciptaan versi lebih menyihatkan tersebut kerana mereka langsung tidak dapat melihat mahupun merasakan perbezaannya.

Cawangan KFC di United Kingdom pula menyatakan ia bakal menyediakan hidangan 'ayam' menggunakan bahan-bahan yang tidak menggunakan daging ayam sama sekali.

McDonalds juga tidak mahu ketinggalan.

Ia bakal menyediakan pilihan hidangan yang sesuai untuk golongan tidak makan daging.  

Sumber : Reuters/NF/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan