Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger Nasi Lemak kembali lagi sempena Ramadan

Anda rindukan Burger Nasi Lemak?

Anggaran Waktu Membaca:
Burger Nasi Lemak kembali lagi sempena Ramadan

Burger Nasi Lemak Burger akan ditawarkan mulai 25 April. (Gambar: McDonald’s Singapore)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 03:21PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 03:27PM

SINGAPURA: Anda rindukan Burger Nasi Lemak?

Rangkaian makanan segera McDonald's bakal mengembalikan menu istimewanya, yang diilhamkan oleh citarasa tempatan, menjelang Ramadan ini.

Burger disukai ramai itu akan mula ditawarkan mulai Khamis (25 Apr) di kesemua cawangan McDonald's, bersama-sama pencuci mulut khas - Banana Pie, Chendol McFlurry dan Chendol Soft Serve.

Nasi Lemak Burger menjadi sungguh popular sehingga ia laris dijual hanya dalam tempoh dua minggu setelah pertama kali dilancarkan pada Julai 2017 sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Burger istimewa itu diperbuat daripada pati peha ayam berperisa santan, telur goreng, hirisan bawang dan timun dengan dilengkapi sos sambal.

Dalam kenyataan media pada Rabu, McDonald's Singapura menyatakan burger itu akan membuat kemunculan semula dengan "resipi lama yang sama enaknya".

Jadi pastikan anda tidak gigit jari kali ini! 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan