Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger McDonald's kekal utuh walaupun disimpan hampir 25 tahun

Burger McDonald’s yang didakwa dibeli pada 1995 dan disimpan dalam bangsal selama bertahun didakwa tidak hancur, menurut dua lelaki yang kini menggelar hidangan Quarter Pounder berusia hampir 25 tahun itu sebagai ‘mate’ atau rakan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Burger McDonald's kekal utuh walaupun disimpan hampir 25 tahun

Casey Dean dengan burger McDonald's yang disimpannya hampir 25 tahun. (Gambar-gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 09:56AM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 10:23AM

SYDNEY: Burger McDonald’s yang didakwa dibeli pada 1995 dan disimpan dalam bangsal selama bertahun didakwa tidak hancur, menurut dua lelaki yang kini menggelar hidangan Quarter Pounder berusia hampir 25 tahun itu sebagai ‘mate’ atau rakan mereka.

Encik Casey Dean, 39, dan Encik Eduards Nits, 38, mendakwa mereka membeli burger Quarter Pounder beserta keju dari cawangan McDonald’s di Adelaide, Australia, ketika masih remaja dan menyimpannya sejak itu.

Mereka mendakwa sudah banyak kali mendedahkan perkara tersebut di Australia selama beberapa tahun. Namun, ia hanya dilaporkan sebagai muka depan akhbar beberapa hari selepas penstriman langsung burger keju McDonald’s berusia sedekad dipaparkan dalam bekas kaca di Iceland menjadi tular.

Rangkaian makanan segera Amerika Syarikat (AS) itu menutup tiga cawangannya di Iceland ketika krisis kewangan di pulau itu pada 2009 dan sebelum penutupannya, Hjortur Smarason membeli hidangan burger untuk disimpan.

Beliau kali pertama menyimpan hidangan itu dalam garaj namun kemudian menyewakannya kepada Muzium Nasional Iceland yang kemudian berpindah ke sebuah hotel di ibu kota Reykjavik untuk seketika.

Kini burger itu dipaparkan seperti hasil seni dalam bekas kaca di sebuah hostel di selatan Iceland.

Dean, yang menyimpan hidangan tertua McDonald’s di Australia itu berkata beliau faham mengapa sesetengah orang ragu-ragu mengenai dakwaan mereka. Beliau bagaimanapun mempertahankan bahawa pakej bungkusan, kertas lilin dan lingkaran kadbod, secara tepat menunjukkan tarikh pengeluaran burger pada 1990-an.

(Bungkusan burger McDonald’s didakwa dari tahun 1990-an di Australia.)


“Ketika kami remaja, kami memesan banyak makanan dan ia terlalu banyak. Ia bermula apabila kami berjenaka, ‘bayangkan jika kita menyimpannya selama-lamanya dan kini terbukti,” kata Encik Dean.

Walaupun burger itu mengecil sedikit daripada saiz asalnya, bentuknya masih utuh, tiada tanda berkulat dan tidak berbau.

Kotak di mana burger itu disimpan bercampur dengan pakaian dalam bangsal di Adelaide di mana suhu kerap menjangkau 30 darjah Celsius pada musim panas.

“Tikus sebenarnya menggigit menembusi beg plastik, pakaian, masuk ke dalam kotak. Tetapi ia meninggalkan burger itu,” katanya.

Seorang saintis Australia dan pakar diet terkenal, Encik Tim Crowe berkata kandungan tinggi garam menjadikan burger McDonald’s terutamanya tahan daripada mereput.

“Tiada apa yang berbahaya mengenai kandungan makanan McDonald’s dalam hal ini. Ia dengan mudahnya disebabkan kelembapan rendah dan kandungan tinggi garam dalam makanan,” katanya. 

Sumber : AFP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan