Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger King, KFC Singapore tawar mahkota gergasi dan potongan kadbod jarak selamat

Dua rangkaian makanan segera di sini memperkenalkan beberapa idea kreatif dan unik untuk memastikan pelanggan mengamalkan jarak selamat dengan cara menyeronokkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Burger King, KFC Singapore tawar mahkota gergasi dan potongan kadbod jarak selamat

(Gambar: Burger King Singapore)

Diterbitkan : 24 Jun 2020 10:51PM Dikemas Kini : 24 Jun 2020 10:58PM

SINGAPURA: Dua rangkaian makanan segera di sini memperkenalkan beberapa idea kreatif dan unik untuk memastikan pelanggan mengamalkan  jarak selamat  dengan cara menyeronokkan.

Burger King misalnya menawarkan mahkota jarak selamat gergasi bagi memastikan pelanggan mengekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain.

Colonel Sanders pula menemani anda semasa anda menikmati sajian ayam goreng di KFC - meskipun beliau hadir hanya dalam bentuk kadbod.

Burger King mula mengagihkan mahkota gergasi itu di beberapa cawangannya sejak Rabu (24 Jun), hingga stok habis. Terdapat juga versi buat sendiri untuk dimuat turun di www.burgerking.com.sg.

Sebagai insentif tambahan, mereka yang memakai mahkota jarak selamat itu antara 25 Jun hingga 4 Jul akan layak menerima  tawaran beli satu Whopper dapat satu lagi percuma.

Jumlah pelanggan ke cawangan Burger King di seluruh Singapura masih dihadkan dengan langkah jarak selamat dilaksanakan, seperti penghadang di meja, kaunter, dan kios.
KFC juga melaksanakan  langkah jarak selamat yang disarankan dengan bantuan Colonel Sanders.

Potongan kadbod dua dimensi Colonel Sanders diletakkan antara para pelanggan sehingga 6 Jul bagi memastikan jarak selamat (dan peluang ambil gambar untuk dimuat naik di Instagram).

Tiga versi potongan kadbod - Original”, “Buddy” dan “Zinger” – menantikan pelanggan di   lapan cawangan yang mengambil bahagian: Compass One, JEM, Jurong Point, Kallang Stadium Boulevard, Northpoint City, Novena Square, Toa Payoh dan Waterway Point.

Sumber : Today/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan