Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger King berwajah baru selepas lebih 20 tahun; menu lebih sihat, berkhasiat

Syarikat makanan segera Burger King mereka semula jenamanya termasuk logonya, bungkusan makanan dan juga penampilan restorannya supaya mencerminkan beberapa perubahan ketara seperti tidak menggunakan bahan-bahan pengawet, menurut rangkaian makanan segera itu pada Khamis (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Burger King berwajah baru selepas lebih 20 tahun; menu lebih sihat, berkhasiat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jan 2021 03:02PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 03:03PM

REUTERS: Syarikat makanan segera Burger King mereka semula jenamanya termasuk logonya, bungkusan makanan dan juga penampilan restorannya supaya mencerminkan beberapa perubahan ketara seperti tidak menggunakan bahan-bahan pengawet, menurut rangkaian makanan segera itu pada Khamis (7 Jan).

"Banyak yang sudah kami lakukan dari segi mutu makanan dan pengalaman," kata ketua pegawai pemasaran global Restaurant Brands International, Fernando Machado, yang memiliki Burger King. "Kami merasakan bahawa menyelesaikan semua itu dengan peningkatan identiti visual kami akan membantu memberikan isyarat kepada para pelanggan bahawa kami adalah sebuah jenama yang sedang melalui perubahan."

Penjenamaan semula yang dijalankan itu, iaitu yang pertama oleh Burger King dalam masa lebih 20 tahun, meliputi sebuah logo baru dengan tulisan fon huruf yang dapat menggambarkan bentuk burger dan hidangan lain dalam menunya.

Warna-warna terang dalam rona coklat, merah dan hijau mencerminkan proses memanggang di Burger King dan penggunaan bahan-bahan segar, menurut syarikat itu.

Burger King sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan menggugurkan bahan-bahan pengawet dan pewarna tiruan daripada kesemua burger Whopper sedang rangkaian makanan segera itu memperkenalkan pilihan hidangan lebih sihat dan berkhasiat bagi memenuhi cita rasa para pelanggan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan