Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Buku ditulis guru tadika Masjid Al-Khair ini mungkin sesuai untuk si cilik semasa cuti sekolah Jun

Selain buku 'Bacalah Manja', terdapat siri buku aktiviti bahasa dalam Melayu dan Arab yang boleh padam semula atau  'Erasable' .

Anggaran Waktu Membaca:
Buku ditulis guru tadika Masjid Al-Khair ini mungkin sesuai untuk si cilik semasa cuti sekolah Jun

(Gambar: Facebook/Booksforlittletykes))

Diterbitkan : 07 Jun 2021 11:39PM Dikemas Kini : 07 Jun 2021 11:50PM

SINGAPURA: Lazimnya setiap musim cuti sekolah ibu bapa pasti merancang kegiatan untuk mengisi masa anak mereka dengan bermakna.

Ini lebih-lebih lagi di tengah keadaan pandemik COVID-19 sekarang di mana orang ramai tidak digalakkan keluar rumah tanpa sebab penting. Untuk berwisata ke luar negara pula, jauh sama sekali.

Oleh itu, mungkin anda boleh pertimbangkan buku Siri Bacalah Manja, yang ditulis oleh Cik Jamilah Sabtu Al-Haj, guru di Tadika Masjid Al-Khair.

Menurut laman Facebook 'bookforlittletykes' yang menerbitkan dan menjual buku berbilang bahasa, siri buku tersebut "menceritakan kisah-kisah yang biasa dilalui dalam konteks tempatan dengan bahasa digunakan sehari-hari" di sini.

"Siri baru ini juga dipadankan dengan kad-kad suku kata untuk membantu anak-anak anda memperbaiki kemahiran membaca," menurut bookforlittletykes lagi.

Semakan ke laman tersebut mendapati lebih 10 judul buku di bawah siri itu, termasuk Berkelah, Buah-Buahan, Hari Lahir Sani dan pelbagai lagi.

(Petikan skrin: booksforlittletykes.com)

BUKU 'ERASABLE' CARA BELAJAR BAHASA DENGAN MENARIK

Selain buku cerita, laman tersebut juga menawarkan buku-buku kegiatan di bawah siri Erasable atau padam semula, khas untuk kanak-kanak yang sudah mula suka 'main conteng-conteng'.

Ditawarkan dalam bahasa Melayu dan Arab bagi pelbagai peringkat kemahiran asas, lancar dan mahir - buku-buku itu boleh dinikmati kanak-kanak pelbagai peringkat usia.

(Petikan skrin: booksforlittletykes.com)

(Petikan skrin: booksforlittletykes.com)

Setiap buku dicetak pada kertas khas dengan pena penanda yang mudah dipadam, supaya si cilik bukan sahaja boleh membaca malah belajar menyalin dan menulis perkataan mudah dalam kedua-dua bahasa itu.

Buku-buku itu boleh dibeli di laman booksforlittletykes.com.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan