Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Buku Cef 'Rendang Crispy' bakal dikeluarkan Julai ini

Buku tukang masak kelahiran Malaysia, Zaleha Kadir-Olpin yang tersingkir dari MasterChef UK kerana rendang yang dimasaknya tidak rangup akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Buku Cef 'Rendang Crispy' bakal dikeluarkan Julai ini

Gambar: Facebook/That Rendang Lady

Diterbitkan : 14 May 2019 10:58PM Dikemas Kini : 14 May 2019 11:05PM

KUALA LUMPUR: Buku tukang masak kelahiran Malaysia, Zaleha Kadir-Olpin yang tersingkir dari MasterChef UK kerana rendang yang dimasaknya tidak rangup akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat di laman Facebook Zaleha, berjudul ‘My Rendang Isn’t Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes’ pada Isnin (13 Mei), menurut laporan Astro Awani.

Menurut laman Facebook Zaleha, 'That Rendang Lady', buku yang diterbitkan Marshall Cavendish International boleh ditempah secara online daripada Marshall Cavendish Singapore untuk pelanggan di Asia.

Ia bakal dikeluarkan di Asia pada 1 Jul dan pada 16 Sep di Britain.

Buku memasak itu mengandungi resipi dan cara memasak makanan Zaleha semasa membesar termasuk laksam, nasi lemak dan makanan ikonik rendang ayam, yang mencetuskan perbalahan netizen dengan juri MasterChef, lapor Astro Awani.

Resipi dalam buku tersebut adalah resipi turu-temurun dari ibu dan neneknya dan akan mengekalkan cara tradisional memasak yang sesuai untuk dapur moden.

Bukan sekadar resipi, Zaleha akan berkongsi cerita membesar dalam keluarga yang suka memasak dan pentingnya makanan dalam budaya Malaysia, menurut Astro Awani.

Zaleha mara ke suku akhir MasterChef UK namun tersingkir selepas juri rancangan tersebut, Gregg Wallace dan John Torode menyatakan rendangnya tidak rangup atau tidak ‘crispy’.

Wallace kemudian dikecam teruk oleh netizen gara-gara komennya itu, namun menjelaskan dalam rancangan Good Morning Britain bahawa maksud sebenarnya ‘crispy’ itu adalah tidak masak.

Ia turut mendapat perhatian ahli politik termasuk Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia pada ketika itu, Vicki Treadell yang turut mengkritik juri MasterChef UK.

Treadell kini berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Australia.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan