Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bukan sekadar penyedap makanan, asam jawa berkesan kawal kencing manis, kolesterol

Siapa sangka, asam jawa mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh serta berpotensi melindungi diri daripada pelbagai penyakit.

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan sekadar penyedap makanan, asam jawa berkesan kawal kencing manis, kolesterol

Gambar fail asam jawa.

Diterbitkan : 16 Nov 2019 02:33PM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 02:37PM

KUALA LUMPUR: Siapa sangka, asam jawa mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh serta berpotensi melindungi diri daripada pelbagai penyakit.

Asam jawa kaya dengan vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor, serat dan karbohidrat.

Kandungan karbohidrat dalam asam jawa tersimpan dalam bentuk gula yang banyaknya hampir sama dengan 17 sudu teh.

Meskipun begitu asam jawa bukan sekadar digunakan untuk menyedapkan masakan sebaliknya banyak manfaat.

1. Melancarkan sistem pencernaan

Salah satu kebaikan asam jawa untuk kesihatan manusia adalah untuk melancarkan sistem pencernaan bagi mereka yang mengalami masalah itu.

Ia mampu mengatasi masalah sembelit, malah ia sudah menjadi amalan oleh masyarakat di benua Afrika untuk mencampurkan asam jawa dengan perahan lemon dan madu sebelum diminum airnya.

2. Bersifat anti radang

Kulit asam jawa sebenarnya ada kegunaan dalam mengurangkan radang dan rasa kurang selesa atau sakit-sakit pada badan.

3. Mengawal kandungan gula pesakit kencing manis

Ekstrak biji asam jawa mampu menurunkan kadar gula dalam darah malah uji kaji terhadap haiwan juga membuktikan perkara itu.

4. Cepat sembuhkan luka

Daun pokok asam jawa boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Secara tradisionalnya, daunnya akan direbus sebelum ditumbuk lumat untuk disapu pada bahagian luka.

5. Kaya antioksidan

Antioksidan penting untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung. Kandungan antioksidan dalam asam Jawa juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan