Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Budaya kerja '996' China cetus perbahasan hangat

Hartawan e-dagang China Jack Ma baru-baru ini menyokong budaya kerja lembur di negaranya yang mencetuskan perbahasan hangat mengenai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan di China.

Anggaran Waktu Membaca:
Budaya kerja '996' China cetus perbahasan hangat

Para pekerja di Raffles Place. (Gamba hiasan: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 01:44PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 07:40PM

BEIJING: Hartawan e-dagang China Jack Ma baru-baru ini menyokong budaya kerja lembur di negaranya yang mencetuskan perbahasan hangat mengenai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan di China.

Encik Ma ialah salah seorang terkaya di China dan komen beliau mendatangkan kedua-dua kutukan dan sokongan sedang ekonomi China yang lebih matang melalui fasa pertumbuhan lebih perlahan. Ini selain keadaan golongan muda cuba mengelakkan diri daripada melakukan kerja buruh seperti yang terpaksa diharungi ibu bapa mereka.

Perdebatan itu menunjukkan percanggahan dalam masyarakat moden China, iaitu Parti Komunis yang memerintah ditubuhkan untuk membaiki keadaan bagi para pekerja dan petani tetapi dalam masa yang sama meminta pengorbanan besar rakyatnya demi membina sebuah negara berpengaruh lagi makmur.

Dalam mesej yang dikongsikan bersama kakitangan Alibaba, Encik Ma menggalak golongan muda untuk bekerja lembur dengan mengatakan "jika anda boleh bekerja '996', ia adalah satu rahmat besar". Konsep '996' merujuk kepada waktu kerja dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam, enam hari seminggu.

Setelah komen beliau itu mencetuskan perdebatan hangat, Encik Ma - yang memiliki nilai kekayaan anggaran AS$40 bilion (S$54 bilion) - membalas kritikan di akaun Weibo-nya dengan berkata bahawa kerja seharusnya menjadi satu kegembiraan dan ia juga termasuk masa untuk belajar, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri sendiri.

Orang ramai di Beijing berkongsi tanggapan berbeza tentang konsep waktu bekerja '996' itu.

Wang Dao, 29 tahun, yang bekerja dalam industri media, berkata syarikat-syarikat pemula atau besar lazimnya memerlukan kakitangan mereka untuk bekerja tempoh panjang demi bersaing dengan para pesaing mereka.

Sementara itu, ada pula yang berpendapat bahawa kerja lembur sekali-sekala bukan satu masalah tetapi tidak boleh dilakukan dengan kerap sehingga ia menjejas kesihatan seseorang.

Seorang lagi individu, Jessica Qi, 35 tahun yang bekerja dalam bidang sumber manusia berkata syarikat tidak sepatutnya "mengeksploitasi" atau mengambil kesempatan atas tenaga kerja mereka dan pekerja pula seharusnya boleh menentukan sendiri berapa banyak masa yang dapat diperuntukkan untuk bekerja lembur.

Menurut rakan kongsi kanan di Firma Perundangan Zhong Ying, Yang Baoquan, ada kaitan antara kerja keras, kebahagiaan dengan kekayaan namun itu tidak sewajarnya menjejas masa lapang serta tidak harus melampaui batasannya.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan