Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Budak 8 tahun 'YouTuber' dengan pendapatan paling lumayan; raih AS$26 juta tahun ini

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Ryan Kaji, memperolehi pendapatan mencecah AS$26 juta (S$35 juta) tahun ini menerusi saluran YouTubenya sekali gus menjadikannya pencipta kandungan dengan bayaran paling lumayan di wadah perkongsian video tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 8 tahun 'YouTuber' dengan pendapatan paling lumayan; raih AS$26 juta tahun ini

Ryan Kaji. (Gambar: MSN Nederland/Instagram)

Diterbitkan : 19 Dec 2019 11:32AM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 11:44PM

NEW YORK: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Ryan Kaji, memperolehi pendapatan mencecah AS$26 juta (S$35 juta) tahun ini menerusi saluran YouTubenya sekali gus menjadikannya pencipta kandungan dengan bayaran paling lumayan di wadah perkongsian video tersebut. Ini menurut senarai yang diterbitkan oleh majalah Forbes pada Rabu (18 Dis).

Kaji, atau nama sebenarnya Ryan Guan, sudahpun mencatat pendapatan tertinggi di platform itu tahun lalu dengan jumlahnya mencecah AS$22 juta (S$29 juta).

Saluran ‘Ryan’s World’, yang dilancarkan oleh ibu bapa kanak-kanak itu pada 2015, hanya berusia tiga tahun tetapi sudahpun berjaya memikat 22.9 juta pengguna.

Dikenali pada awalnya sebagai ‘Ryan ToysReview’, saluran itu memaparkan aksi kanak-kanak itu membuka kotak mainan dan bermain dengannya.

Beberapa video yang dikongsikan mendapat lebih satu bilion tontonan dan saluran tersebut menerima hampir 35 bilion tontonan sejak penubuhannya. Demikian menurut perangkaan daripada laman web analitik Social Blade.

Nama saluran itu bagaimanapun ditukar baru-baru ini selepas sebuah pertubuhan hak pengguna, Truth in Advertising, memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat mengenainya.

Truth in Advertising menuduh saluran itu tidak menyatakan dengan jelas jika ada sebarang video yang ditaja di mana jenama membayar pencipta kandungan bagi pembikinan video yang memaparkan produk mereka.

Saluran tersebut juga melalui perubahan sedang usia Ryan menginjak. Kini, ia menawarkan lebih banyak video berunsur pendidikan di samping hanya mengenai mainan.

Mengikut ranking Forbes, Ryan Kaji memintas saluran ‘Dude Perfect’ yang berada di tempat kedua dengan pendapatan mencecah AS$20 juta (S$27 juta).

Saluran ‘Dude Perfect',kendalian sekumpulan sahabat dari Texas itu, antara lain memaparkan percubaan mereka melakukan beberapa aksi sukar seperti cuba menjaringkan bola keranjang dari atas bangunan atau helikopter.

Menduduki tangga ketiga pula ialah seorang lagi bintang YouTube kanak-kanak, Radzinskaya, warga Rusia. Walaupun berusia lima tahun, dia sudah meraih pendapatan AS$18 juta (S$24 juta). 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan