Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Botak Jones bakal buka cawangan ketiga di Clementi

Selepas membuka semula cawangan yang kedua di Tai Seng, rangkaian makanan Barat nostalgia Botak Jones giat membuat persediaan bagi cawangan ketiga di bahagian barat negara. Kali ini, di Clementi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Botak Jones bakal buka cawangan ketiga di Clementi

The Original Botak Jones buka cawangan ketiga di Clementi. (Gambar: Botak Jones/Facebook)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 01:48PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 01:49PM

SINGAPURA: Selepas membuka semula cawangan yang kedua di Tai Seng, rangkaian makanan Barat nostalgia Botak Jones giat membuat persediaan bagi cawangan ketiga di bahagian barat negara. Kali ini, di Clementi.

Bagi anda yang kurang mengenali Botak Jones, rangkaian itu diasaskan pada 2003 oleh penduduk Detroit, Bernie Utchenik. Beliau kemudian menjual sahamnya dan meninggalkan syarikat itu.

Sedari itu, rangkaian tersebut lenyap daripada pasaran sehinggalah Encik Bernie menghidupkannya semula tahun ini di bawah nama 'The Original Botak Jones'.

Berdasarkan catatan di laman Facebook Botak Jones, cawangan ketiganya akan ditempatkan di Blok 328 Clementi Ave 2.

Encik Bernie memberitahu Mediacorp ia akan dibuka sekitar November ini dan "menunya konsisten dengan semua cawangan".

Ini bermakna pelanggan boleh memilih hidangan-hidangan seperti burger daging U-Crazy-What?! (dari S$24.50), Ayam Cajun (dari S$7.50) dan 'Stuffed Jalapenos' (S$10).

Mulai minggu depan, Encik Bernie akan mula mengambil pesanan awal bagi ayam belanda goreng dimasak ala Louisiana bagi sambutan 'Thanksgiving' dan Krismas serta daging panggang 'prime steer' yang diberi makan bijiran khas.

Namun, Encik Bernie menambah, cawangan terkininya di Clementi berkemungkinan adalah cawangannya yang terakhir, sekurang-kurangnya untuk tahun ini.

"Kami akan menstabilkan diri selepas cawangan akan datang itu. Kami tiada rancangan (untuk membuka lebih banyak cawangan)," kongsinya.

Cawangan ketiga The Original Botak Jones terletak di Blok 328 Clementi Ave 2 S120328. Penghantaran ke merata negara disediakan melalui www.originalbotakjones.com. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan